Isnin, 8 Julai 2013

ANTARA HUKUM DAN FESYEN

Menutup aurat atau memikat?
Jujurkah Wanita Menutup Auratnya?

SEBELUM pembaca membaca entri yang ini, penulis mohon saudara-saudara membaca terlebih dahulu tulisan Kasim Ahmad (klik di sini).
            BUKAN menentang tidak juga bersetuju seratus peratus jauh sekali berkecuali. Tentunya penulis ada pendirian sendiri terhadap isu aurat wanita ini. Namun, Kasim Ahmad yang pernah membuat kontroversi menerusi isu "anti hadis" nya beberapa tahun lalu juga mempunyai pertimbangannya sendiri. Sebagai penulis dan pemikir, Kasim bercakap atas landas, lunas dan beserta dengan dalil-dalil.
            Kerana kebanyakan kita bukanlah ahli tafsir, maka penulis menyerahkan kepada khalayak pembaca untuk menilai semula tulis Kasim itu berkaitan dengan masalah aurat wanita khususnya mengenai pemakaian tudung.
            Barangkali ini isu ini timbul semula berikutan terdapat kes majikan yang mahu pemohon kerja atau staff-nya membuka tudung kepala jika mahu berkerja di sektor tersebut. Kisah ini telah menadapat liputan meluas juga di akhbar-akhbar tempatan.
            Apa yang jelasnya, membicarakan tentang aurat wanita ini, bab suara pun masih ada ulamak yang gagal membuat kata putus setakat mana dan seharus manakan suara wanita muslim itu boleh dikaitkan dengan 'haram' hukumnya.
            Panduan yang kita terima selama ini, wanita tidak boleh melaungkan azan kerana suara wanita itu adalah aurat. Demikian juga mengaji al-quran dikatakan ada had dan batas ketinggian suara itu. Jika tidak ia boleh menimbulkan fitnah dan dosa.
            Namun, pada masa sama ada pula yang mengatakan suara-suara wanita dalam nyanyian yang memuji ketuhanan dan rasul atau yang nyanyian bersifat keagamaan dibolehkan (haruskan hukumnya?). Lalu, ramailah pula penyanyi-penyanyi perempuan yang mengatakan mereka mencari rezeki yang halal menerusi keurniaan suara oleh Allah swt. Yakah begitu? Persoalannya, kalau bernasyid dibolehkan, mengapa pula azan tidak boleh?
            Demikian juga tentang aurat dalam konteks rambut dan susuk badan. Apakah majoriti sekarang ini wanita benar-benar menutup aurat berlandaskan hukum atau sekadar fesyen yang menampakkan lebih anggun nilai seorang wanita.
            Berbaju kurung mahupun berjubah jika ketat metat sehingga menampakan dengan jelas susuk badan adadakah itu dikatakan dia telah menutup auratnya dengan sempurna dan diterima oleh syarak?
            Demikian juga bertudung, jika ia lebih menampakkan keanggunan, seksi dan lebih cenderung kepada memikat dan melalaikan si-pemandangnya, apakah tudung itu benar-benar telah mematuhi kehendak syariat sebenar?
            Justeru, sama ada jelas atau tidak rambut itu adalah aurat yang wajib ditutupi, maka tudung itulah yang menentukan kedudukannya. Jika ia lebih kepada fesyen, tidak perlulah dibincangkan wajar atau tidaknya. Dulu-dulu pun, wanita barat dan asia berpakaian melitup. Pemodenan manusia dan dunia global menyebabkan mereka lebih bersedia untuk dedah mendedah.
            Dan, jika aurat wanita itu seratus peratus seperti yang disyaratkan ketika mereka bersembahyang, apakah dalil yang boleh melonggarkan syarat pemakaian itu?



Jagindas: Bersederhana dan jujurlah dalam apa juga pemakaian dan tindakan..InsyaAllah, mudahan-mudahan diberikan Allah rahmat dan pertolongan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.