KPPM: Datuk Dr Khair Mohamad Yusof |
Guru Hari Ini Kurang Komtited Terhadap
Tugasnya!
CIKGU MAMAT (bukan nama sebenar) adalah guru yang akan menggenapkan usia 60
tahunnya kira-kira dua tahun lagi. Selepas itu bersaralah dia..
Dalam pertemuan kami di
sebuah warung baru-baru ini, dia menceritakan betapa kerjaya guru hari ini amat
berbeza berbanding 30 tahun yang lalu.Maksud beliau bukanlah dari segi beban
tugas, tetapi keseronokan berkerja serta 'enjoy' dalam profesion guru itu sudah
tidak ada.
Katanya lagi, guru-guru muda hari ini ramai yang bersikap memilih dan menolak kerja. Berlainan dulu-dulu, guru bawahan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja kerja yang diarahkan oleh pihak atasan. Namun hari ini, gaji, elaun, ruang dan masa menjadi alasan mereka.
Katanya lagi, guru-guru muda hari ini ramai yang bersikap memilih dan menolak kerja. Berlainan dulu-dulu, guru bawahan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja kerja yang diarahkan oleh pihak atasan. Namun hari ini, gaji, elaun, ruang dan masa menjadi alasan mereka.
"Percayalah, apabila semua sistem sudah dibaiki nanti pun, mereka
akan terus membina alasan kerana dalam minda mereka sudah tersedia sedemikian.
"Bagi
mereka (ramai yang begitu) kerja guru itu masuk kelas, mengajar, periksa buku,
adakan ujian dan bercuti penggal... Cukup masa ambil gaji, bonus.. Tidak peduli
apa input dan output-nya, kesan dan kesudahannya", katanya dengan nada keluhan
sinis.
Dengan itu katanya, ramai
kalangan pendidik hari ini sudah tidak begitu komited dengan tangungjawab hakiki
mereka. Sikap sedemikian menurutnya turut menjadi virus menjangkiti guru-guru
lain khususnya yang muda-muda dan baru mencebur diri dalam bidang pendidikan.
Tambahnya, secara peribadi
beliau tidak kisah jika ada guru yang cenderung kepada pembangkang tetapi
mereka (guru) wajar mengasingkan fahaman tersebut dengan tugas dan
tanggungjawab hakiki sebagai guru.
"Sikap mereka itu ada kalanya menampakan sifat pura-pura, tidak
ikhlas malah cakap tak serupa bikin.
"Ada sesetengah mereka pula bukan main petah bercakap tentang
halal dan haram tetapi keperibadiannya sendiri tidak menunjuk yang dia memang
faham apa yang didakwahkannya. Pendek kata ramai yang dah jadi ketam..",
katanya dengan rasa yang agak tidak selesa.
Justeru..?
(Saya fikir, perenggan seterusnya lebih sempurna dan menarik jika anda
sendiri yang menyambungnya.... Cuma, jangan ingat guru sahaja yang berperangai
macam itu, ramai juga kakitangan awam lain yang sedemikian.... Sekadar contoh
misalnya, Di pejabat tanah, di hospital dan klinik kerajaan macam mana..?)
Jagindas: Yang ini pun salah parti juga ke...?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.