Jumaat, 7 Mac 2014

BERILAH PELUANG DSAI JADI MB

Khalid Ibarahim
Selangor Pasti Jadi Negeri Contoh Kawan dan Lawan

TAN SERI KHALID IBRAHIM yang juga Menteri Besar Selangor mengisytiharkan akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR) sekali gus mencabar penyandangnya Azmin Ali.
            Seperti biasa, apabila khlayak mempertikaikan keputusannya itu, jawapan yang paling telus diberikan oleh Khalid ialah ia dibuat atas kehendak akar umbi. Bermakna, secara tidak langsung beliau memberitahu khalayak bahawa kepimpinan Azmin sudah sampai masanya tidak lagi disokong 100 peratus.
            Ah, pada masa sama pula sekonyong-konyong Tian Chua turut menawarkan diri untuk menduduki jawatan itu kunun katanya sebagai jalan tengah mengelak daripada berlaku perpecahan dalam parti. Lagi kemas alasan Tian Chua ini kerana ia menggambarkan sebagai pendamai. Kerana, dia tahu jika perebutan berlaku antara Khalid dengan Azmin makan akan berlakulah perpecahan setidak-tidaknya dalam bentuk puak, kelompok, geng atau apa sahajalah.
            Barangkali juga Tian Chua mahu nama PKR sentiasa bersih dan bebas daripada unsur-unsur tidak puas hati.. Jika itulah yang ada dalam pertimbangan Tian Chua, penulis fikir dia lebih berakal, bijak dan santun dalam kerjaya politiknya.
            Setakat ini, Anwar Ibrahim tidak memberikan sebarang komen. Yes pun tidak, No pun tidak. Berkecuali pun tidak. Diam sahaja, macam tidak ada apa-apa berlaku. Atau, barangkali belum di beritahu. Maklum, orang sesibuk Anwar mana sempat nak baca atau lihat catata media.
            Barangkali, bagi Anwar ini adalah kisah lumrah dalam politik. Dulu pun ketika beliau dalam UMNO dia juga pernah di tentang untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Malah, dia juga hampir-hampir menumbangkan Tun Mahathir atas kerakusannya tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.
            Berdasarkan peristiwa itu, barangkali bagi Anwar, kes Khalid dan Azmin tidaklah sebesar mana. Sebab, PKR bukanlah parti pemerintah pun. Kalau adapun cuma di Selangor bukan di pusat.
            Kalau ditanya pendapat saya, Tian Chua-lah yang paling layak menjadi Timbalan Presidennya. Banyak sifat-sifat pemimpin dan kepemimpinan terdapat padanya. Tian berani orangnya. Kebal, walaupun ada kenyataan dan tingkah lakunya jelas bersalahan dengan undang-undang negara. Walaupun dia biadap dan kurang ajar seperti yang banyak diperkatakan oleh pihak lawan dan NGO tetapi Tian masih bersahaja. Senyumnya tetap manis dan menawan.
Langkahnya tetap kemas dan bahasanya lancar tanpa sedikit gugup pun. Orang macam inilah yang perlu ada di samping presiden. Ia tentunya memudahkan kerja penasihat berikutan presiden memiliki seorang timbalan yang berkalibar, berilmu lagi berkarisma.
            Bayangkan nanti, apabila Anwar jadi Menteri Besar Selangor dan di dalam dewan ada Timbalan Presiden PKR, tidakkah mantap jadinya? Saya yakin, susunan organisasi baru itu nanti pasti akan mampu membawa Selangor lebih cemerlang lagi. Khalid Ibrahim pastinya akan dilantik sebagai penasihat ekonomi Selangor berdasarkan pengalaman dan kepakarannya. Bertuahnya orang Selangor. Meski kedudukan khalid semacam menurun tetapi statusnya tetap tinggi. Apa jadi kepada Azmin? Lantaklah dia, terpulang kepada MB yang baru mencaturkannya.
            Jika terjadi demikian, kebanyakan negeri lain yang diperintah Barisan Nasinal (BN) tiada pasangan cocok seperti itu. Akibatnya MB terpaksa berkerja keras sendiri-sendiri. Kena fikir semua! Nak harapkan exco-exco kerajaan negeri pun macam ya macam tidak sahaja. Kalau tengokkan lagak, memang ummph la...
            Tak apalah. Ini adalah lumrah dalam politik. Namun, yang agak peliknya mengapa ada suara-suara sumbang dari luar sana yang menghukum kononnya PKR sudah bergolak. Sudah tidak sehaluan antara satu sama lain. Sudah berpecah dan macam-macam tanggapan negatif lagi yang dilemparkan.
            Rasanya, Umno juga pernah mengalami masalah yang sama. MCA, Gerakan dan MIC juga pernah melakar sejarah masing-masing dalam hal perebutan jawatan tertinggi parti. Bahkan, sampai ke hari ini pun secara hakikatnya, tidak ada satu pun parti yang benar-benar mantap.
Cuma, atas 'kebijakasanaan' kiri dan kanan makanya ia dilihat aman damai dan teratur. Jadi, tidak usahlah menghukum dan menyibuk urusan rumah tangga orang lain sedang rumah tangga sendiri pun ibarat tasek yang kelihatan tenang di permukaan sahaja. Sedang di dalam dan didasarnya berkeliaran buaya, anakonda, sawa dan ular bisa.
            Orait, steady khalid. Anwar, anda memang layak menang pun. Bukan sekadar orang Kajang, seluruh Malaya berdoa semoga anda menang.


Jagindas:Umno silap jika menghalang cita-cita DSAI menjadi MB Selangor..hehehe.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.