Tak
Payahlah Nak Berlebih2, Buang Masa Jer..
CERITA video yang dihasilkan oleh Teresa Kok (gambar) yang konon kandungannya penuh
dengan retorik menghina pemimpin negara menjadi popular sehingga polis menerima
banyak laporan yang mahukan tindakan undang-undang dikenakan terhadap perempuan
DAP itu. Selain menghina pemimpin negara, kandungan video itu juga dikatakan
ada unsur hasutan yang boleh memecah belahkan kamum di negara ini.
Suara-suara kurang ajar
seperti itu sebenarnya sudah banyak disumbatkan ke telinga khalayak terutama
yang datangnya daripada pemimpin parti pembangkang. Sebelum ini pun, kisah
tragis serangan di Lahat Datu, Sabah juga pernah dipermainkan oleh golongan
tersebut sehingga membangkitkan kemarahan rakyat. Namun, hanya dengan sekali
lafaz maaaf (yang tidaklah dapat dipastikan jujur atau tidaknya) kes itu
menjadi ibarat api yang marak disimbah air bomba. Bahkan, peguam daripada
Barisan Nasional sendiri turut menjelaskan betapa ianya tidak perlu
dipanjang-panjangkan lagi....
Baru-baru ini ramai rakan
penulis yang tersinggung dengan kes terbaru itu (video teresa kok) pula meminta
komen penulis terhadap isu itu. Maka, saya katakan rakyat tidak perlu gusar dan
kecoh terhadap isu berkenaan kerana berdasarkan pengalaman lalu yang lebih
berat daripada itu pun mudah diselesaikan hanya dengan 'permohonan maaf' dan di
sambung sedikit dengan beberapa kalimat seperti.."tiada niat di hati...." atau "...tidak menyangka ianya boleh menimbulkan kemarahan..."
dan sebagainya.
Justeru, saya katakan lagi
rakyat hanya perlu bersabar kerana pihak yang terbabit barangkali memerlukan
sedikit masa untuk menyusun kata-kata manis sebelum dilontarkan kepada khalayak
khususnya kepada pihak yang 'dianiayakan' dalam video itu.
Pemaaf adalah sifat orang
melayu dan dituntut dalam Islam. Sabar juga adalah satu daripada sifat yang
dituntut. Jadi, bersabar dan bersedialah memaafkan...
Bagi saya apa yang jelas
isu tersebut (dan juga isu-isu yang seangkatannya) secara tidak langsung
memberi ruang banyak pihak menjadikannya sebagai satu platform untuk ‘mempamerkan' diri di
media-media.
Sehingga ke hari ini pun
Teresa tiada sekumin niat pun untuk memohon maaf. Bahkan dalam ceramahnya
semalam dia turut membuat ulang tayang umum video berkenaan dan
memperjelaskannya kepada khalayak betapa dia tidak bersalah mengikut versinya
sendiri. Canteklah Cik Teresa... Gua cakap lu, gua sayang lu.... Mutut ma...
Ini bermakna, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kuasa-kuasa dalam jabatan
percetakan negara tidak membuat sebarang tindakan terhadap penyebaran,
pemilikan, pencetakan video berkenaan. Sedangkan sebilangan besar rakyat marah
amat! Tiada sebab kukuh barangkali... Hanya mereka yang berkuasa sahaja yang
tahu...
Selepas berceramah
semalam, Teresa dihadiahkan sebiji telur oleh seseorang tetapi sayang
telur itu pecah ketika dalam genggaman mereka berjabat tangan. Kalaulah telur
itu masih elok, tentu Teresa boleh ‘mempelbagaikannya’ apabila dia balik ke
rumah nanti...
”Sayang 1,000 kali sayang...”
Jagindas: Yang merunsingkan bomba bila api kian marak
di tanah gambut....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.