Ahmad Zahid Hamidi |
Kerajaan Maklum Butiran Ops Secara
Terbuka
TARIKH 01 Mac, 2014 ditetapkan sebagai ops P6 terhadap pendatang tanpa izin
(PATI) yang menjalankan aktiviti perniagaan dan yangberkerja di peremis-peremis
atau gerai-gerai perniagaan. Bukan sahaja Indon, Bangla, China, Vietnam, Myanmar
dan lain-lain malah termasuk juga anak-anak dari selatan Thai yang rasanya adalah
orang yang paling lama sudah bertapak menjalankan perniagaan khususnya kedai
makan dan kedai kain-baju di negara ini.
Maklumat itu diketahui
umum oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang akan di tangkap setelah
beberapa hari sebelum itu, Menteri Kmenterian Dalam negeri (KDN), Datuk Zahid
Hamidi, secara terbuka mendedahkannya menerusi media.
Agaknya, Zahid berbuat
demikian bagi memudahkan kerja pihak penguatkuasa berikutan ketidakcukupan
kakitangan dan pegawai untuk mengendalikan operasi tersebut di seluruh negara.
Dengan pemakluman seperti
itu sekali gus memberi ruang ramai PATI terbabit (kalau tidakpun semua)
'menyelamatkan' diri atau bersembunyi. Makna kata, Zahid bukan sahaja bijak
tetapi juga penuh sopan santun, serta berbudi bahasa. Dan, bahasa itulah yang
akan dikenang PATI serta taukeh-taukeh PATI hingga ke akhir hayat...
Ops fasa pertama sebelum
ini pun sama juga perjalanannya. Makanya, tidak hairanlah walaupun bilangan
PATI dianggarkan kira-kira 2 juta orang namun hanya beberapa ribu sahaja yang
berjaya ditangkap. Itupun, riuhnya habis satu Malaya beb!
Menilai cara tindakan
Zahid itu, tertanya-tanya pula penulis, agaknya pihak berkuasa juga akan
memaklum terlebih dahulu kepada peniaga-peniaga atau individu dan geng-geng yang
menjalankan kegiatan haram seperti ekor haram, judi komputer haram, kegiatan
penyeludupan dan sebagainya?
Mengapa saya tanya begitu?
Sama ada 'ya' atau 'tidak' anda tentunya ada jawapan serta sebab
tersendiri..... Pun begitu, pihak berkuasa sahaja yang lebih tahu itu dan
ininya. Kerana, tidak semua strategi pihak berkuasa dilepaskan kepada
media-media...
Jagindas: Kalau tentera hendak menyerang hendap musuh,
kena bagi tahu musuh dulu ke?? Maaf, saya tak pernah masuk tentera dan polis..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.