Tun Mahathir Kassim Ahmad |
Konon Sealiran Dengan Kassim Ahmad
SELEPAS peritiwa mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M),
merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad baru-baru ini yang kemudiannya
melancarkan buku terbaru Kassim, "Jalan Yang Lurus", hampir keseluruhan
khutbah Jumaat minggu berikutnya mengutuk kedua-dua manusia itu yang disifatkan
khalayak sebagai mereka sudah tersasar daripada fahaman dan ajaran Islam
sebenar yang berlandaskan ahli sunanah waljamaah (ASWJ).
Penulis tidak mampu untuk mengulas lebih lanjut meskipun sebagai pemerhati antara kedua-duanya, penulis tentunya dapat menyatakan pendirian terhadap kedua-dua tokoh itu. Namun, bab-bab agama Islam ini, bagi penulis biarlah mereka yang benar-benar arif sahaja yang memperkatakannya.
Penulis tidak mampu untuk mengulas lebih lanjut meskipun sebagai pemerhati antara kedua-duanya, penulis tentunya dapat menyatakan pendirian terhadap kedua-dua tokoh itu. Namun, bab-bab agama Islam ini, bagi penulis biarlah mereka yang benar-benar arif sahaja yang memperkatakannya.
Sebelum ini, dalam post
yang lalu saya ada mengatakan, apapun natijahnya, Allah mewujudkan Kassim Ahmad
sebagai penguji terhadap orang Islam di negara ini khususnya para ulamak (dan
yang mengangkat dirinya seagai ulamak), supaya mereka berkenaan melihat kembali
kekuatan dan kelemahan badan dakwah termasuk dalam institusi pendidikan negara
berhubung kaedah dan pengkaedahan sistem pendidikan dan pendakwahan Islam di
negara ini secara global.
Memarahi Kassim bagi saya
agak kurang tepat. Menjadikannya sebagai 'sumber pengkajian ilmu' barangkali
lebih bermanfaat. Jika kekuatan menyebelahi kita dan Kassim disifatkan sudah
tersasar, mudah-mudahan Allah akan memberikan taufik dan hidayahNya kepada
beliau. Apa yang penting, selangkah kehadapan hasil cetusan Kassim itu akan
memberi ruang menambahkan lagi kekuatan yang sedia ada.
Ini kerana, bukan sekadar
Kassim malah secara globalnya musuh Islam sehingga kiamat pun tidak akan
berputus asa untuk memecah-belahkan kaum Islam sedunia. Cita-cita mereka itu
adalah juga semangat dan cita-cita syaitan dan iblis yang tidak pernah
jemu-jemu berusaha menyesatkan umat Islam sejagat.
Justeru, anda pembaca
sewajarnya meneliti tulisan Tun M apabila beliau menjawab tekanan yang telah
diberikan terhadapnya bersabit dengan tindakannya 'merestui' pemikiran Kassim
Ahmad itu. Dan, begitu juga elok dibaca sekali bersama ucapan Kassim Ahmad
semasa di seminar tersebut yang berlangsung selama dua hari dari 15 -16
Februari lalu. Maka..bacalah;
Jagindas:
Apa yang dapat anda rumuskan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.