Isnin, 17 Mac 2014

SEMOGA MISTERI MH370 AKAN TERUNGKAI SEGERA

Terimalah Dengan Jujur Apa Jua Keputusannya Nanti 

Gambar Hiasan: Simulator kokpit pesawat
UMUM bahkan dunia sudah maklum bahawa misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke 10 hari ini telah membabitkan banyak negara dalam usaha mengesan, mencari dan menyelamat (SAR) pesawat malang itu termasuk negara-negara besar seperti Amerika, Australia dan Rusia. Dan, aktiviti yang rumit ini berjalan dalam satu prosedur yang mematuhi SOP antarabangsa oleh sebilangan pakar-pakar. Walaupun Malaysia mengetuai keseluruhan SAR itu namun pembabitan ramai pakar antara bangsa menunjuk bahawa apapun dapatan hasil daripada SAR itu nanti adalah satu jawapan yang pasti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan kepentingan melainkan demi kepentingan dan keselamatan manusia sejagat tanpa mengira kaum, bangsa, agama, negara bahkan fahaman politik sekalipun.
        Justeru, sewajarnya sementara rakyat mengikuti laporan demi laporan perkembangan insiden malang tersebut, ikutilahnya dengan tenang serta jujur, jauh sekali mengganggu atau menerbitkan sesuatu yang boleh mengganggu proses SAR dan juga pemikiran khalayak.
         Misalnya, kerja mengandai seperti yang dibuat oleh sebuah akhbar tabloid di Britain mengaitkan juruterbang MH370 dengan masalah hukuman yang dijatuhkan terhadap DS Anwar Ibrahim bersabit dengan kes liwatnya, baru-baru ini sepatutnya tidak berlaku. Meski ia sekadar teori namun teori seperti itu amat tidak wajar kerana ia boleh menjurus kepada satu provokasi baru terutama kepada mereka yang fanatik mahupun yang sebaliknya terhadap Anwar.  Baca di sini.


Jagindas: ????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.