Orang Ramai Dipohon Terus Berdoa
1.
Salam takziah kepada semua ahli keluarga yang terbabit
dengan nasib malang kapalterbang B777-200 MH370 (MAS) yang diberitakan hilang dari kawalan
rada pada awal pagi sabtu lalu, 8 Mac, 2014. Sehingga posting ini ditulis, pesawat malang itu masih belum dijumpai
mahupun menerima sebarang petunjuk sahih mengenainya daripada pasukan pencari
dan penyelamat.
2.
Berdasarkan laporan media tempatan, kerajaan dan agensi
terbabit telah mengerahkan sehabis daya upaya dan asset bagi mencari- temu
pesawat malang tersebut.
3.
Orang awam khususnya yang tidak ada pengetahuan dalam
bidang berkenaan tentunya tidak mampu menelah sebarang kemungkinan apa, kenapa,
mengapa dan bagaimana musibah yang menimpah pesawat tersebut.
4.
Apa yang perlu dilakukan oleh khalayak adalah berdoa dan
terus berdoa semoga pesawat dan penumpang yang malang itu akan dapat ditemui
sama ada mereka masih bernyawa atau sebaliknya.
5.
Oleh kerana semua asset dan kepakaran telah digembeling
selama lebih kurang tiga hari termasuk daripada luar negara tetapi masih belum
mendapat petunjuk yang jelas, maka saya fikir ada baiknya kepakaran daripada Jabatan
Muzium dan Antikuti Negara digunakan.
6.
Saya memetik kata-kata Prof. Kamaruzaman Jusoff daripada
Fakulti Perhutanan Universiti Putera Malaysia (UPM) (gambar) dalam satu temuramah di TV3 pagi ini di mana beliau
mengesyorkan adakalanya khidmat ‘spritual’ diperlukan bagi memohon dibukakan
jalan atau memudahkan proses pencarian.
7.
Saya teringat ketika membuat liputan pencarian artifek
sejarah tua Gangga Negara di Bruas kira-kira 23 tahun lalu, di mana pengarah
antikuti muzium Perak ada mengatakan pihaknya juga terpaksa menggunakan ‘kaedah
spritual’ bagi membolehkan mereka menemui bahan-bahan tersebut. Katanya,
pelakuan itu bukanlah khufrafat tetapi percaya bahan-bahan tersebut sudah pun ‘dipunyai’
dan oleh yang demikian permohonan izin hendaklah dibuat mengikut kaedah-kaedah
tempatan tersebut. Sesetengah bahan artifek katanya mendapat petunjuk di
satu-satu tempat tetapi ianya tidak dapat dirungkai seolah-olah ia dilindungi.
Oleh itu, pihaknya mohon dibuka lindungan itu mengikut kaedah-kaedah tradisi di
satu-satu tempat. Menurutnya, dalam banyak perkara pihaknya banyak menemui
bahan-bahan tersebut setelah ‘menerima izin’ daripada pihak yang ‘mengawal’ harta
tersebut.
8.
“Bahkan, adakalanya kami hanya dapat melihat tetapi tidak
dibenarkan untuk memilikinya walaupun telah diakadkan bahawa harta-harta
tersebut adalah sebagai untuk kajian dan warisan manusia akan datang. Sebagai
contohnya, dalam beberapa saat kami dapat melihat sauh kapal layar purba di
tasek Gangga tetapi tuan empunya’ tidak mengizinkan kami memuliharanya” Itulah
antara kata-katanya yang masih saya ingat dalam memperkatakan ‘mohon izin’.
Jagindas: Semoga Allah memudahkan segala usaha.
mh307 apak ko.. mh370 bangang.. jgn buat spekulasi .. puii
BalasPadam