Kepakaran Bomoh Juga Dialu-alukan
SEMALAM, penulis ada
mencadangkan supaya khidmat pakar menerusi ‘spritual’ digunakan selain daripada
terus menjalankan ibadah sembahyang hajat, doa dan kepelbagaian asset serta
kaedah saintifik moden dalam usaha menjejaki pesawat MH370 yang hilang sejak
Sabtu lalu (sudah masuk hari keempat).
Semalam juga
dikhabarkan seorang pengamal yang dikenali sebagai ‘Raja Bomoh’ iaitu Mahaguru
Datuk Ibrahim Zin yang dakwanya telah dipanggil ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh pihak atasan bagi mendapatkan khidmatnya
membantu usaha-usaha pencarian dan penyelamatan pesawat malang itu.
Ibrahim
sebelum ini dikatakan pernah membantu kerajaan menghuraikan banyak hal bencana
dalam negara antara lain kes keruntuhan Hingland Tower, banjir lumpur di Pos
Dipang (Perak) dan beberapa kes lagi.
Tidak
kiralah siapa dia, sesiapa sahaja yang berkeupayaan dan sejujurnya bertujuan
demi mencari dan menyelemat seperti dalam kes misteri kehilangan MH370 itu.
Dari beberapa pengalaman lalu, kaedah-kaedah ‘spiritual’ ini amat jarang
didedahkan selain daripada sacara keagamaan seperti sembahyang hajat dan bacaan
yaasin. Barangkali, mereka yang berkenaan mempunyai alasan tersendiri mengapa ianya
disembunyikan. Tidak mengapa, apa yang penting ialah; yang hilang dapat
dizahirkan, yang tenggelam dalam air dapat diapungkan dan yang tergantung di angkasa
dapat diturunkan.
Saya memetik
satu kes yang berlaku di sebuah negeri kira-kira sepuluh tahun lalu di mana
sebuah pesawat kecil tiba-tiba hilang sejurus terbang ke udara. Dalam proses
pencarian dan dengan menggunakan kepakaran daripada pelbagai agensi, jelas
menunjuk tempat atau kawasan di mana pesawat malang itu dipercayai jatuh.
Namun, tidak sesiapa pun yang dapat melihatnya meski terdapat kesan-kesan
runtuhan seperti pokok kayu patah dan sebagainya.
Akhirnya,
selepas beberapa hari aktiviti pencarian dan penyelamatan dilakukan, pihak
berkenaan terpaksa menggunakan kaedah spiritual dan keagamaan. Apa yang berlaku
selepas itu adalah pesawat malang itu berserta anak kapalnya dijumpai malah ia
dilihatkan di kawasan yang mana di situlah kawasan yang para pakar anggota
mencari dan menyelamat menelahnya sebelum ini tetapi tidak menjumpainya.
Meski
hasilnya tiada seorang pun anak kapal dan penumpang yang masih hidup namun yang
penting dalam kes ini adalah hasil penemuan.
Justeru,
penulis mengalu-alukan semua yang ‘pandai-pandai’ dalam bidang pencarian dan
menyelamat menerusi kaedah keagamaan dan spiritual itu untuk turut serta secara
jujur dan sukarela bagi membantu kerajaan menemukan semula MH370 yang malang
itu berserta anak kapal dan penumpangnya.
Sesungguhnya,
segala-galanya adalah milik Allah termasuk jin, syaitan, iblis mahupun
kehidupan-kehidupan lain yang berlegar di alam maya. Tiada satu pun makhlok
yang mampu mengatasinya kerana mereka juga adalah dicipta Allah. Meski melalui ‘perantara’,
namun Allah jualah yang memberi izin atau sebaliknya.
Jagindas: Allah
huakbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.