Dalam sembang-sembang kami petang ini di warong kopi yang sama, kami
membincang perihal kehebatan Tun Mahathir (Tun) bukan sahaja ketika beliau
menjadi Perdana Menteri bahkan kehebatan suaranya meskipun selepas bersara.
Malah, tak keterlaluan dikatakan, sana sini masih ramai khalayak yang memperkatakan
kehebatan Tun.
Kami tabik hormat terhadap sikap Tun yang tidak jemu-jemu
melontarkan idea dan teguran bernas terhadap kepemimpinan negara. Walaupun
sudah bersara, namun beliau terus mengisi ruang politik tanahair sebagai rakyat
biasa dan atas sifat kecendikiawannya.
Sekaligus, beliau mempraktikan ertikata yang dipopularkannya
sendiri, iaitu "perjuangan belum selesai".
Malah, adakalanya, teguran dan ideanya itu diluar kotak pemikiran kita. Seperti
zaman beliau memerintah dulu, beliau sering membuat kejutan sehingga adakalanya
memeranjatkan bukan sahaja rakyat Malaysia malah pemimpin-pemimpin luar negara.
Namun begitu, sebagai manusia biasa, Tun M, bukanlah maksum.
Beliau juga barangkali pernah melakukan beberapa kesilapan. Ini, tidak boleh
dikatakan mustahil selagi kita bernama manusia biasa.
Pun begitu, jika dalam sepuluh perakara yang dibuat, sembilan
daripadanya adalah yang terbaik manakala satu yang tidak baik, maka adalah
tidak wajar kita mengecap manusia itu tidak baik secara purata. Begitulah
sepatutnya kita sebagai manusia yang tidak maksum ini membuat sesuatu
pertimbangan hatta menghukum sekalipun.
Dalam hubungan ini, ahli sembang petang berpendapat ada
beberapa teguran atau idea yang mahu dilontarkan oleh Tun, seharusnya
disampaikan terus kepada Perdana Menteri, Dato Sri Najib (DSN). Lontaran buah
fikiran mahupun teguran tersebut tidak perlukan di paparkan kepada umum.
Walaupun kita bercakap atas dasar kebebasan bersuara dan hak
sebagai rakyat dalam negera demokrasi ini, namun janganlah sampai hendaknya
suara-suara kita itu boleh merendahkan martabat orang lain. Apa lagi isu-isu
yang disebutkan adalah bersifat nasional dan global.
Sebagai contoh, jika Tun tidak puas hati terhadap sesuatu isu
atau program pembangunan yang di buat oleh DSN, maka Tun bolehlah menghubunginya,
berbincang atau menyampaikan pandangan Tun kepadanya secara tertutup.
Pada pandangan kami, Tun tidak lagi perlu mengejar publisiti
media. Membantu pemimpin hari ini secara di balik tabir adalah lebih terhormat
dan profesional. Tidak pulak bermaksud tindakan Tun selama ini tidak
profesional!
Malah, tuguran yang dibuat secara tertutup itu, mendorong
lebih positif dimana pihak yang ditegur menjadi lebih selesa untuk memikir
seterusnya menimbang dan menerima teguran kita yang kemudiannya idea tersebut
menjadi milik beliau dalam melaksanakan tugasnya.
Dengan cara ini juga, apa-apa yang di suarakan dapat dielak
daripada menjadi polimik, salah erti mahupun dimanipulasi atau menjadi bahan
mainan politik oleh pihak-pihak yang
tidak bertanggung jawab.
Sebagai bekas pemimpin negara yang dihormati ramai pemimpin dunia, Tun
seharusnya memahami kesan, impak serta implikasi terhadap sebarang pengucapan
Tun terutama dalam soal-soal pentadbiran negara kerana lidah Tun masih berbisa.
Namun, ada pihak termasuk dari luar negara yang akan
menangguk di air keruh yang akhirnya perkara yang kecil menjadi besar atau
digembar-gemburkan dalam edisi fitnah berikutan itu bab-bab yang boleh diselesai secara mudah akan
menemui liku-liku yang beronak.
Bukan Najib sahaja, sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin
selepas ini memang memerlukan sokongan dari pelbagai pihak. Sokongan bererti
termasuklah teguran, pandangan dan curahan idea-idea.
Kita harus ingat, sebijaksana mana sekalipun kita, kelebihan
itu tetap terbatas. Dan, semua manusia bukanlah maksum selain dari Nabi.
Maaf Tun, sejujurnya kami membuat teguran ini dan kami
percaya sebagai seorang cendikiawan dan profesional, Tun juga akan menerima teguran ini seadanya. Dan, kepada pemimpin yang mendapat teguran olehTun,janganlah terus melatah sebaliknya fikirakanlah teguran-teguran itu dengan hati terbuka dan jiwa yang tenang demi untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
jagindas: Tun M, ramai yang bercita-cita nak jadi macam Tun, namun setakat
hari ini, anugerah itu hanya untuk Tun... Semoga panjang umur, sihat badan dan bernas
pemikiran serta teruslah menyumbang bagi memastikan negara terus maju makmur.
Mr.Jagindas ! Tau ka apa pasal Tun Mahathir banyak hebat ? Sebab, dia MAMAK, dia bukan Melayu. Oleh kerana dia MAMAK, dia tarak busuk hati, tarak mau buat kerja senang, tarak pijak orang punya kepala punya atas untuk naik atas dan paling penting dia tarak MALAS punya worang !
BalasPadam