Jumaat, 22 Jun 2012

MELAYU PKR, PAS, DAP KEMBALILAH KEPADA UMNO


Sudah-sudahlah tu wahai saudaraku melayu PKR, PAS dan DAP. Sebagai manusia biasa tidak seorangpun boleh mendabik dada mengatakan dia sentiasa betul, telus dan jujur. Sedikit sebanyak pasti ada kelompangan dalam diri masing-masing.
    Namun, yang kecil-kecil itu janganlah dibuat menjadi sebesar gunung. Meroboh memang mudah tetapi membangunkan semula yang telah roboh hatta dalam dimensi baru sekalipun tidaklah semudah yang dijangka. Tak payah di ulas, telah banyak contohnya dalam negara dan di luar negara.
    Lebih baik kita pakat-pakat duduk dalam satu bumbung perelokkan mana yang kurang dan perkasakan mana yang telah cemerlang. Manakala mana-mana bahagian yang sememangnya dikenalpasti sebagai satu kesilapan besar, kita buang dan gantikan dengan yang lebih sempurna.
    Saya percaya, kalian semua sebenarnya telah menerima hakikat bahawa perjuangan melayu dan Islam melalui wadah UMNO itulah yang sebenar-benar landasan terbaik. Tetapi, bak kata pepatah melayu kerana tangan dah menyelok pekasam, maka kalian terus menyeluknya sehingga ke pangkal lengan.
    Memang, UMNO pun tidak sesempurna yang kita mahu. Bahkan, diri kita juga tidak sesempurna seperti yang disuruh oleh Allah Taala meskipun setiap saat dan ketika kita berdoa semoga Allah menjadikan kita sesempurna itu.
    Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan sekarang Dato' Seri Najib - semuanya tidak sempurna.
Itu adalah hakikat sebagai manusia. Selain Nabi, yang dijanjikan Allah sebagai  yang maksum, maka yang lainnya sedikit sebanyak pasti akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Namun begitu, pertimbangan hendaklah diberi  secara purata.
    Orang tua-tua pernah berkata, jangnlah nanti disebabkan celaka yang satu habis tuah yang sembilan. Tetapi nampaknya, sekarang kita sudah menterbalikkan nilai instrinsik pepatah itu sebagai sebab celaka nan satu habis tuah nan sembilan!
    Apabila kita bercakap atau membuat sebarang tindakan, hendaklah diingat bahawa Tuhan memerhati dan menilai perbuatan kita. Muhasabah dirilah masing-masing. Jangan malu mengakui kesilapan lantas kembali kepangkal jalan sebagaimana yang dilakukan oleh rakan-rakan kalian sebelum ini.
   Kalau tidak mahu kembali kepada UMNO atau masuk UMNO, tidak mengapa namun janganlah bertindak menghancurkan institusi dan komuniti orang melayu. Secara jelasnya, menyebut melayu di          Malaysia ini maka terangkaplah sama agama Islam sebagai anutannya.
    Secara peribadi, saya tidak ada halangan jika PKR dan PAS hendak terus berjuang atas parti itu. Berjuanglah. Tatapi ikutlah lunas dan peradaban yang luhur. Janganlah sampai memanipulasi hukum hakam dan fakta, sehingga yang haram menjadi harus apatah lagi halal (na'uzubillah) dan yang benar menjadi fitnah.
    Bagi saya, parlimen memang memerlukan pembangkang. Namun, pembangkang yang diperlukan adalah mereka yang beretika, membina dan boleh diterima semua. Pembangkang yang tetap memilihara keharmonian negaranya. Negara kita berbilang kaum, agama dan budaya.
    Kalau tak ada pembangkang, pemimin akan mudah leka dan lena dibuai keselesaan. Jelasnya, jika kalian memutus untuk jadi pembangkang juga (dalam konteks kerajaan pusat, BN hari ini) teruskanlah asal jangan mengelirukan khalayak atau rakyat umumnya.
    Kepada melayu yang dah masuk DAP, insaflah. Untuk diri saudara mungkin tidak jadi masalah malah tidak ada apa yang terjejas. Hayatilah sejarah lampau. Ingatlah pepatah melayu yang mengatakan tak dapat tanduk telinga dipulas. Nanti kita dan seluruh keturunan kita akan  dibegitukan. Alangkan tidak diberi ruang kita disergah, apatah lagi jika kita membuka pagar, entahkan ke mana kita di arah!

Sudah-sudahlah tu.

jagindas  teringat lagu tahun 50an kalau tak silap nyanyian Jasni: "... jangan berlagak sombong, macam katak bawah tempurung.."

2 ulasan:

  1. Ni lah lagi puncanya...tak lain tak bukan, SALAH orang Melayu ! Kenapa nak berpecah ? UMNO tak Islam Ke ? PAS tak Islam ke ? Melayu dalam PKR, DAP tak Islam ke ? Cuba belek IC ? Apa agama tercatat ? Kalau dah tercatat ISLAM tak boleh bersatu ke ? Ingat DAP dengan MCA tu bergaduh mereka betul-betul bergaduh ke ?

    BalasPadam
  2. Logik ! Logik ! Encik Lanun ! Logik Sangat ! Bunga Kedakai Sokong !

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.