Khamis, 21 Jun 2012

BONGKAK LAH KALAU MASIH TAK BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH....

Sesekali bila balik kampong menziarahi tempat tumpah darah memang seronok. Ketemu kawan-kawan lama sambil melihat perubahan hidup mereka sebagai petani yang berjaya mengusahakan sawah padi. Dulu hidup sempit tetapi sekarang ada yang sudah mampu berumah besar dan punya kereta sendiri untuk bergerak ke sana ke sini bersama anak dan isteri.

Syukur kepada Tuhan yang memberikan nikmat dan terima kasihlah kepada kerajaan BN yang prihatin menawarkan subsidi sehingga dapat memberikan perubahan yang amat ketara terhadap golongan petani berbanding zaman mak bapak kami dulu.

Kepada petani, kenangkan zaman mak bapak kita dulu ketika menjadi petani seperti kamu sekarang, mereka hidup begitu dhaif. Sukarnya mereka nak membesarkan kita apatah lagi menyekolahkan kita. 

Bersyukurlah sentiasa semoga Tuhan melimpahkan lagi rahmatnya berterusan dan berterima kasihlah kepada kerajaan yang didorongkan Allah untuk menyalurkan pelbagai bantuan dan subsidi sehingga dapat merobah taraf hidup anda semua pada hari ini.

Saya sempat menemui seorang anak muda kampung yang berkelulusan kejuruteraan awam dari IPTA tempatan tetapi menjadi petani sepenuh masa. Semua tanah yang diusahakannya adalah di sewa dan ada yang dipajak daripada penduduk setempat. Bagi saya dia petani berjaya sebab hasil taninya bukan sahaja untuk pasaran tempatan tetapi juga  di ekspot ke luar negara.

Katanya, pada mulanya dia hanya membantu bapanya sebaik sahaja habis belajar. Dia dapati pendapatan daripada usaha-tani bapanya itu begitu lumayan. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk terus menjerumuskan diri dalam bidang itu dengan meluaskan empayar bapanya meskipun tidak memiliki seinci pun tanah sendiri.

Menurutnya, sekarang bapanya hanya bertindak sebagai pemantau kerana sudah tua. Beliau menggalas semua tugas bapanya dengan dibantu oleh beberapa pekerja tetap.

Kisah anak muda ini lain sedikit sebab dia tidak bermula dari "0".  Dia boleh dikategorikan sebagai mewarisi usaha bapanya. Namun begitu, saya tabik hormat kepadanya terhadap sikap dan atitud beliau yang memilih bidang pertanian sebagai kerjaya sepenuh masanya.

Syabas anak muda! Tak ramai anak muda seperti kamu. Jangan lupa diri dan jujurlah ketika bersahabat dengan bumi.

Jagindas:  pernah beli sekeping tanah, malangnya bila jabatan pertanian buat penilaian tahap kesuburan tanah, rupa-rupanya tanah berkenaan langsung tak ada kandungan air meneral....hehehe 

1 ulasan:

  1. takkan hilang bisanya ular yang menyusur akar weh..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.