NAZRI AZIZ |
Hanya Untuk Selamatkan Keldai Dadah
ANTARA
tajuk akhbar tempatan yang menarik minat penulis hari ini adalah
cadangan kerajaan untuk menangguhkan hukuman mati mandatori terhadap pesalah
yang disabitkan kesalahan jenayah dadah dan menggantikannya dengan penjara
antara 30 dan 35 tahun di
sini
Berdasarkan
kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz, hasrat tersebut adalah sebagai usaha kerajaan untuk menyelamatkan rakyat
negara ini yang dijadikan keldai dadah yang kini sedang merengkok dalam penjara
di beberapa buah negara di mana ada di antaranya sedang menunggu hukuman mati.
Anatara lain, Nazri mengatakan: ''Kalau nak selamatkan keldai dadah warga
Malaysia yang sebahagian besar tidak sedar diperkudakan, saya nak tanya macam
mana Malaysia nak merayu kepada negara berkenaan supaya mereka jangan digantung
sedangkan di sini kita gantung. Jadi tidak kenalah," katanya.
Penulis
tidak bersetuju terhadap hasrat tersebut malah saya juga kurang pasti mengapa
pemikiran ini tiba-tiba timbul di benak kerajaan kerana khalayak sedia maklum bahawa
jenayah berkaitan dadah amat serius merosakkan masyarakat bahkan kesannya sama
seperti "pembunuhan".
Justeru,
hukuman mati mandatori yang telah dilaksankan sekian lama di negara ini memang
wajar dikekalkan bahkan hukuman sekeras itu juga masih belum dapat menghapuskan
sama sekali jenayah tersebut.
Soal,
keldai dadah yang barangkali sebahagian besarnya adalah terperangkap atau
teraniaya tidak sepatutnya dijadikan alasan sehingga negara terpaksa
mengorbankan sesuatu yang baik untuk negara sendiri.
Bagi
penulis, jika kerajaan berasa bertanggungjawab untuk membela pesalah 'keldai
dadah' yang mungkin teraniaya itu, maka ada baiknya pembelaan mereka dilakukan
mengikut lunas undang-undang biasa. Bermakna, untung batu tenggelam, untung
sabut timbul. Dan, siapa pun, kenalah bersedia menerima hakikat tersebut.
Sehubungan
itu, bagi penulis Nazri perlu melupakan hasrat tersebut. Apa-apa keputusan yang
hendak dibuat hendaklah diambilkira secara kolektif bukan atas sebab-sebab
satu-satu hal yang mungkin bersifat terpinggir. Dengan kata lain, ketegasan
kita juga adalah satu bentuk pendidikan kepada rakyat negara ini dan luar
negara.
Jagindas: haiii....peliklah,
macam ada yang tak kena saja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.