Rabu, 21 November 2012

OBAMA SEGERA BERTINDAK

NAZRI...Bentangkan usul

Dewan Rakyat Lulus Usul Tergempar

TEKS PENUH pembentangan usul tergempar mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin semalam di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz  klik di sini.
            Menerusi usul yang diluluskan sebulat suara itu, sepuluh ketetapan telah diambil, iaitu:
 
DENGAN INI Dewan ini mengambil ketetapan seperti berikut:

   
(1)  Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua dan kemusnahan harta benda dan infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat;

   
(2)  Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas Wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut;

   (3)  Menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya mengadakan Sesi Tergempar Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - “Uniting For Peace” -di bawah Resolusi 377A(V) sekiranya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal menjalankan tanggungjawabnya;

   (4)  Menggesa pihak-pihak yang terlibat supaya menyambung semula usaha terhadap proses damai serta melaksanakan dan mematuhi pelbagai resolusi yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel;

   
(5)  Memutuskan Malaysia bekerjasama dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Liga Arab dan negara-negara sependapat untuk mengambil tindakan yang lebih konkrit bagi mendukung prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani konflik yang berlaku di Timur Tengah sekarang;

   
(6)  Menzahirkan sokongan padu rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah mewujudkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

   
(7)  Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu-padu dengan tujuan mempertahankan hak mutlak dan menubuhkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat;

   
(8)  Merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Wilayah Palestin di Gaza dengan serta merta;

   
(9)  Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyiasat dan mengambil tindakan bagi maksud pendakwaan ke atas penjenayah perang Israel yang disyaki terlibat dengan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin; dan

   
(10)  Mengambil keputusan untuk menyampaikan resolusi ini kepada semua Dewan Perundangan dan Parlimen yang berkenaan, khasnya Kongres Amerika Syarikat, Parlimen Britain dan Parlimen Kesatuan Eropah, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Jagindas: Ya Allah, Tuhan  seru sekelian alam, tiada daya aku selain melontarkan doa kepadaMu, aku bermohon memadailah setakat itu engkau menguji saudara kami rakyat Palestin. Memadailah ya Allah. Sebaliknya, Engkau turunkanlah laknatMu yang maha pedih kepada kaum yang sombong yakni Yahudi dan Engkau sejahterakanlah saudara-saudara kami di Palestin. Aminnn yarabbal'alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.