Khamis, 28 Jun 2012

GIVE AND TAKE !

            Bercakap tentang karenah melayan permintaan dan harapan sampai ada yang meminta yang bukan-bukan, bahkan sehingga ada permintaan yang mencabar hak dan maruah orang lain, maka saya teringat satu kisah (entah dongeng entahkan betul).  Ceritanya begini:
            Pada masa dulu, kononya seorang sultan mengadakan satu pertandingan kepahlawanan. Barang siapa dapat mengalahkan panglimanya, maka sultan berjanji akan mengurniakan apa sahaja permintaan pemenang itu selain melantiknya sebagai panglima yang baru.
            Dipendekkan cerita, seorang mamat berjaya membunuh panglima sultan di gelanggang pertarungan setelah berjam-jam berpencak silat. Sultan yang bangga  dengan kemenangan itu, lalu bangun dan bertitah:

SULTAN:                WAHAI ORANG MUDA, DENGAN KEMENANGAN INI, BETA BERASA AMAT BANGGA. RUPANYA ADA LAGI RAKYAT YANG LEBIH HANDAL DARIPADA PANGLIMA BETA. OLEH ITU, KATAKANLAH WAHAI ORANG MUDA, APA SAJA PERMINTAAN KAMU, NESCAYA BETA PERKENANKAN.

ORANG MUDA:    (TERDIAM DAN TERMENUNG PANJANG. SULTAN SABAR MENUNGGU KERANA BERFIKIR MUNGKIN PEMUDA ITU MALU ATAU MASIH KEPENATAN)

SULTAN:                KATAKANLAH WAHAI ORANG MUDA, JANGAN MALU. APAKAH KAMU MAHUKAN PUTERI BETA? RUMAH ATAU LADANG? KATAKAN, BETA TAK SABAR NAK MENDENGARNYA.

ORANG MUDA:    AMPUN TUANKU, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN. SEMBAH DURHAKA PATIK SEMBAHKAN. TIDAKLAH PATIK MINTA YANG BERLEBIH-LEBIH DARIPADA KEMAMPUANAN PATIK. HANYA  MOHON TUANKU PERKENANKAN HAMBA...

SULTAN:                (TERSENYUM LEBAR...), TERUSKAN WAHAI ORANG MUDA, BETA AKAN     PERKENANKAN.

ORANG MUDA:    MOHON PATIK MEMBUANG AIR BESAR DI ATAS TAKHTA TUANKU!

SULTAN:                TERDIAM. MUKANYA MERAH PADAM. BAGINDA TIDAK BOLEH MURKA SEBAB BERJANJI AKAN TUNAIKAN APA SAJA PERMINTAAN RAKYATNYA TADI. NAMUN PERMINTAAN ITU AMATLAH BERAT UNTUK DITUNAIKAN. SELAIN DARI JIJIK, IA JUGA MENCABAR MARUAHNYA SEBAGAI SULTAN. SEDANG RAKYAT JELATA MELIHAT DENGAN TERANG.

SETELAH BEBERAPA DETIK BERFIKIR, MAKA TUANKU PUN BANGUN DENGAN SENYUM DAN BANGGA, LALU BERKATA DENGAN LEMAH LEMBUT:

BAIKLAH ORANG MUDA, BETA PERKENANKAN TETAPI DENGAN SATU SYARAT.

ORANG MUDA:    KERANA TERLALU GHAIRAH MENDENGAR PERMINTAANNYA DIPERKENANKAN, DIA TERUS BERKATA -  APAKAH SYARATNYA TUANKU?

SULTAN:                DENGAN SENYUM SINIS, SULTAN BERKATA: KAMU BOLEH BUANG AYER BESAR SAHAJA DI ATAS KERUSI BETA TETAPI JIKA KAMU KENCING, KAMU AKAN DIPANCUNG.

ORANG MUDA:    DENGAN GHAIRAH DAN TAK SEDAR DIRINYA DIA BERKATA: BBBBBBAIK TUANKU, BBBBBAIK TUANKU. TERIMA KASIH TUANKU. DIAPUN MELOMPAT KE ATAS KERUSI  SULTAN LALU BERSEDIA MEMBUANG AIR BESAR DISAKSIKAN OLEH HULU BALANG SULTAN. SEDANG DIA ASYIK MENERAN NAJISNYA, TIBA-TIBA TERPACUL AIR KENCING MEMBASAHI KERUSI SULTAN.....

(MELIHATKAN KEJADIAN ITU, MAKA SEPINTAS KILAT HULU BALANG MEMANCUNG KEPALA ORANG MUDA ITU DIKUTI DENGAN SORAKAN GEMURUH RAKYAT SERTA LAUNGAN SEMBAH: DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! )


Jagindassaya nak pinjam kata-kata Farid Ismeth (pembaca berita dunia RTM) dengan izin: "saudara, fikir-fikirkan lah...."

6 ulasan:

  1. Pemuda tu, kuat tubuh tetapi lemah otak !
    Macam kebanyakan "PEMUDA" sekarang !

    BalasPadam
  2. Gong ! Gong !
    Gong Malaya menyokong kenyataan Mamak Bendahara ! PEMUDA sekarang kuat nafsu dan lemah otak ! Terutamanya PEMUDA ****

    BalasPadam
  3. Raden Mas Galoh pun nak tumpang menyokong pendapat Mamak Bendahara dan Gong Malaya, Boleh ?
    Raden Mas Galoh menyokong teramat sangat bahawa sanya, PEMUDA sekarang memang lemah, bukan lemah otak sahaja tetapi lemah dari segala aspek, kalau macam ini janganlah nak cabar atau memijak kepala "SULTAN"

    BalasPadam
  4. Kome Citer tentang PEMUDA mana satu ? Cor citer ! Cor Citer ! Bior Jeruk Hantu kokak kepale PEMUDA tu !!! Temon gemor ngokak kepale !!!

    BalasPadam
  5. Salam pekenalan ! ade blog oghang Perok weh ! baguih le !

    BalasPadam
  6. Saya nak pinjam kata-kata Johan Raja Lawak..."Lu Pikir La Sendiri !"

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda.