Jumaat, 8 Februari 2013

KAHWINLAH KAMU, DUA, TIGA ATAU EMPAT TETAPI.....

"SATU babak dalam filem Madu Tiga"

(sembang petang Jumaat)
Jangan Undang Bala' Dalam Institusi Keluarga!

SEBARIS senikata dalam lagu "Madu 3" nyanyian Allahyarham P. Ramlee berbunyi: ...Kalau dua-dua merajuk, ana kawin tiga !.. pam pam pam, pam pam pam pam pam...
            Begitulah serba sedikit kisah lelaki bernikah tiga bini yang garap oleh seniman agung itu menerusi filem Magu Tiga. Jangan dinafikan, banyak juga yang meniru ala-ala lakonan P. Ramlee itu. Ada yang menjadi. Alhamdulillah, selamat walafiat. Tapi yang susahnya, nak dapat mentua macam lakonan Ahmad Nisfu tu....
            Tak kisahlah. Kalau sudah disusun Allah seperti itu tentunya kita tidak dapat mengelak. Yang akan terjadi tetap juga terjadi. Ada sesetengah orang kata, orang melayu bila sudah cerah sedikit (banyak duit/harta) mulalah menggatal nak tambah bini selain dari membesarkan rumah dan kereta. Tapi hakikatnya, orang-orang kampung yang kerja biasa-biasa sahaja pun ramai yang kawin dua, tiga dan empat. Elok saja pun... pada pandangan mata kasarlah...
            Malah ada yang lebih bernasib baik, kedua-dua isteri boleh duduk serumah (lain-lain bilik lah..) tetapi satu dapur. Kerja sama-sama, makan sama-sama tapi tidur gilir-gilirlah. Itu mesti! Agaknya itu yang dinamakan tuah badan.
            Kalau mampu, kalau tidak timbul masalah atau kalau sudah ditakdirkan begitu, maka kahwinlah. Bernikahlah secara baik dan sah. Cumanya, selepas berkahwin walau apaun rintangan dan masalahnya si-suami kenalah isytiharkan terang-terang kepada bini/bini-bini terdahulu serta anak-anak akan perkahwinan itu. Bukan sahaja isytihar pernikahan, malah kita kena juga perkenalkan sesama isteri-isteri tersebut. Kalau sudah beranak pulak, kena maklum dan kenalkan anak-anak kita itu kepada adik beradik sebapak mereka.
            Ini penting, jangan tunggu selepas mati baru waris tercari-cari atau langsung tak tahu apa-apapun jika ada sebelah pihak yang tidak berani berbuat demikian atau menganggap ia sudah tidak perlu lagi. Jangan, jangan pandang remeh perkara ini.
            Sebagai contoh, dapatkah kita memberi jaminan adik beradik sebapak itu bertemu di satu tempat kemudian bercinta bagai nak rak. Lagi malang kalau dalam masa bercinta-cinta itu mereka melakukan 'ringan-ringan' berkasih sayang kalau tidak pun melakukan perbuatan terkutuk (Nau'zubillah...)
            Cuba bayangkan kalau perkara seperti ini berlaku? Nak salahkan siapa? Mereka (pasangan) yang melakukan maksiat tadi tentulah bersalahan dari segi syaraknya. Tetapi, bagaimana dengan kedudukan mereka sebagai adik beradik (sedarah) sedang mereka tidak mengetahuinya?
            Begitu juga kalau mereka beria-ia nak berkahwin. Kalau kita masih hidup, tentulah dapat diselesaikan kerana warisnya(wali) satu, iaitu bapaknya. Bagaimana kalau kita sudah mati sedang mereka tidak tahu yang mereka bersaudara sedarah? Sekali lagi, Na'uzubillah...
            Kalau tidak silap penulis kisah pasangan adik  beradik sebapak yang bercinta kemudian merancang berkahwin pernah berlaku dalam tahun-tahun 60an dulu. Ibu penulis pernah ceritakan kisah itu (akibat merahsiakan perkahwinan) namun hajat mereka dapat dihalang kerana bapa kedua-dua beradik itu masih hidup. Apa jadi jika sebaliknya? MasyaAllah...
            Justeru itu, mahu tidak mahu selepas perkahwinan kedua, tiga atau empat kita (si-lelaki) kena isytiharkan perkahwinan setiap selepas pernikahan yang pertama. Demikian juga anak-anak hasil daripada perkahwinan-perkahwinan tersebut juga kena diperkenalkan sehingga mereka dewasa dan saling mengenal sesama adik beradik mereka itu.
            Itu baru satu bab, belum lagi masalah bancian dan pewarisan harta pesaka dan sebagainya. Penulis tekankan bab perkahwinan itu sebab ia lebih besar masalahnya kepada sesebuah institusi keluarga, keturunan dan bermacam-macam hal yang berkaitan dengan syarak.
            Dalam filem Madu 3 yang seronok kita tonton itu, P Ramlee tidak menggambarkan ketiga-tiga bininya ada anak. Kalau tidak, panjang lagilah filem itu ...

Jagindas:  Jangan seronok bangga kahwin banyak tapi fikirkan juga bala' nya kalau tak betul urus....  (dengar lagu di sini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.