Elak Sakit Jadi Bengkak,
Bengkak Berisi Nanah
SEORANG rakan merungut tentang beberapa
langkah keselamatan yang agak lewat diambil tindakan oleh kerajaan atau pihak
berwajib dan menyifatkannya pihak berkenaan menunggu kematian barulah mereka
percaya keadaan di situ berbahaya.
"Misalnya, jalan berlopak. Sesudah
berlaku beberapa kemalangan dan menyebabkan kecederaan parah serta kehilangan
nyawa barulah terhegeh-hegeh agensi terbabit memperbaikinya. Begitulah juga
dengan kepentingan lampu isyarat dan lampu jalan di satu-satu lokasi tertentu,"
rungutnya.
Maksud
rakan penulis itu, mengapa kita tidak
mengambil tindakan langkah-langkah keselamatan terlebih awal terhadap sesuatu
yang membabitkan kepentingan awam?
Samalah
dengan kes si-biadap rnama Wonga Tack (gambar)
yang telah mengugut kerajaan untuk membakar kilang nadir bumi di Pahang
jika kerajaan masih tidak mendengar tuntutan mereka supaya menutup kilang itu.
Bagi
penulis, Wong Tack ini sepatutnya sudah ditahan dan diganyang oleh pihak
berkuasa kerana suaranya itu jelas mengancam keselamatan negara. Jelas dalam desakannya
ada unsur ugutan dan ancaman manakala perkara yang diancamkannya itu
membabitkan kepentingan ramai. Pastinya, jika berlaku seperti apa yang dia
kata, negara akan jadi huru hara.
Maka,
pihak berkuasa tidak sepatutnya ghairah memainkan kes ini di akhbar-akhbar
semata tanpa berbuat sesuatu ke atas pengugut dan pengancam berkenaan. Bangsa
macam ini, kalau setakat amaran dan nasihat tidak berkudis buat dia. Orang
Perak kata, langsung 'tak ngombin'.
Kenapa
mesti dibiarkan sakit menjadi bengkak, bengkak diisi nanah?
Ataukah, memang prosedurnya menunggu
nanah pecah dahulu baru tindakan boleh diambil?
Dalam
akhbar berbahasa cina dan portal berita memetik Wong Tack sebagai berkata
mengugut akan membakar kilangnadir bumi di Pahang itu jika tidak ditutup
selepas PRU13 nanti.
Jagindas: Bila-bila dan di mana saja! Ada berani?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.