Belajarlah Menghormati Rahsia
Sorang Sahabat
KELMARIN, penulis mengulas sedikit perihal pemain sepak
bola berbakat, Mohd Nazmi Faiz Mansor, yang merahsia teramat rahsia sebab-sebab
mengapa beliau meninggalkan Kelab Divisyen Satu Portugal yang hanya dihuninya
kira-kira tujuh bulan sahaja dan kini kembali ke tanah air menyertai PKNS.
Menyusul
selepas itu, terpampang pula berita di akhbar-akhbar wajah gadis jelita, bekas girlfriend Nazmi (katanya), Tengku
Nurshufilla Tengku Shubli, yang barangkali begitu teruja ditemui wartawan
langsung memaklumkan bahawa tindakan Nazmi itu adalah disebabkan bayaran (gaji)
yang diterimanya amat kecil. Sedap cakapnya, bak kata orang di sini tak bebaloi.
Inilah satu contoh perempuan yang tidak boleh menyimpan rahsia. Nasib baik sudah jadi 'bekas'. Walaupun Nazmi barangkali pernah memberitahunya seperti itu atas sebab kepercayaan kepada seorang rakan, tentulah Nazmi juga mengatakan itu sebagai rahsia. Atau pun, setidak-tidaknya setelah membaca akhbar bagaimana Nazmi mengunci mulutnya apabila wartawan bertanyakan hal itu, Nurshufilla sepatutnya faham dan mengikuti jejeak Nazmi itu.
Inilah satu contoh perempuan yang tidak boleh menyimpan rahsia. Nasib baik sudah jadi 'bekas'. Walaupun Nazmi barangkali pernah memberitahunya seperti itu atas sebab kepercayaan kepada seorang rakan, tentulah Nazmi juga mengatakan itu sebagai rahsia. Atau pun, setidak-tidaknya setelah membaca akhbar bagaimana Nazmi mengunci mulutnya apabila wartawan bertanyakan hal itu, Nurshufilla sepatutnya faham dan mengikuti jejeak Nazmi itu.
Jelaslah,
Nurshufilla, adalah perempuan mahu pun rakan yang tidak boleh dipercayai dari
segi menyimpan rahsia. Tiada sebab dia mesti berlebih-lebihan sedangkan tuan
punya badan sendiri (Nazmi) tidak mahu mengulas atau menyatakan sebarang
jawapan terhadap persoalan itu. Nazmi sendiri sudah mengatakan "biarlah ia
menjadi rahsia bagi dirinya dan keluarganya". Masihkah sukar untuk
difahami bahasa yang diucapkan oleh Nazmi itu?
Justeru,
pesan penulis Nazmi perlu bebaskan diri daripada sebarang tekanan dan gosip
seperti itu termasuk hal-hal yang mengkaitkan peribadinya. Penulis percaya,
selepas ini kisah-kisah peribadi misalnya perhubungan antara Nazmi dan
Nurshufilla akan menjadi cerita sensasi di media-media jika Nazmi sendiri tidak
pandai 'mengendalikannya'. Dan keadaan menjadi bertambah melecehkan jika
Nurshufilla masih tidak boleh merahsiakan apa yang disebut sebagai rahsia!
Kepada
Nazmi, pandai-pandailah memilih rakan tolan. Jangan mudah terpedaya dengan mulut
manis seperti gula lemak bagai santan kelapa. Anda mempunya masa depan yang
cerah dalam perjalanan yang masih jauh. TIdakkah anda ingin meraih kehidupan
seperti Datuk Lee Chong Wei, David Nocole dan lain-lain bintang sukan dunia?
Tolong. Tolong jauhi daripada sebarang parasit.
Jagindas: Peerrrrghhh....Belum apa-apa dah memandai.
Ucapkan selamat jalan kepada bekas teman wanita anda itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.