Jumaat, 8 Mac 2013

NOSTALGIA PANGGUNG WAYANG

Banyak Air Mata Menitis Di Lantainya..
Windsor Theatre ....1931

BANYAK benda dalam dunia ini yang begitu gemilang di zamannya dan kini hanya tinggal kenangan dan sejarah antaranya adalah "Panggung Wayang Gambar". Kemudiannya dengan ilham seniman agung Allahyarham P. Ramlee peremis itu disebut ringkas sebagai 'Pawagam'.
            Di zaman gemilangnyalah penduduk negara ini dapat menikmati wayang gambar berwarna dan hitam putih dengan cerita-cerita terkini sama ada inggeris, hindustan, tamil dan cina. Ketika itu media tv belum ada dan kalau adapun masih belum menyeluruh selain kandungan pengisiannya juga masih kurang.
            Bagi penonton melayu selain filem-filem melayu, cerita hindustan dan inggerislah yang mendapat tempat di hati mereka. Cerita hindustan adalah paling ramai diminati dan ia meninggalkan banyak kenangan dan peristiwa di kalangan muda mudi mahupun golongan tua.
               Keasyikan filemfilem melayu dan hindustan ketika itu mampu mengheret penonton menghayatinya bagaikan mereka sendiri terlibat dalam kisah tesrebut. Cerita-cerita sedih dan kisah-kisah cinta yang tragis pula memerah mata penontonnya menitiskan air mata malah tanpa segan silu ada yang menangis semasa mahupun selepas tayangan filem tersebut selesai.
            Kisah bermulanya sebuah percintaan dan sebagai salam perkenalan sebuah cinta yang bertaut kerap menjadikan pawagam sebagai tempat bertemu dan memadu kasih. Ada yang terus kejinjang pelamin ada yang tidak.  Demikian antara kisah dan peristiwa yang dirakam oleh pawagam dulu-dulu.
            Kini, apabila dunia media elektronik semakin canggih dimana orang boleh membawa wayang ke panggung sendiri iaitu di rumah maka pawagam tiada lagi menjadi tumpuan. Demikian juga pengisian rancangan di televisyen semakin menarik menyebabkan panggung wayang tidak lagi menjadi tempat utama untuk berhibur atau merihatkan minda.
            Boleh dikatakan semua bangunan pawagam yang tersergam indah itu kini sudah bertukar menjadi peremis perniagaan lain manakala banyak juga yang telah diruntuhkan atau terbiar begitu sahaja. Sebagai pilihannya, terdapat beberapa pawagam mini di kota-kota menjadi pilihan orang ramai untuk menikmati cerita-cerita terbaru keluaran dalam dan luar negara.
            Di Malaysia panggung wayang Colisium (1920) telah arkibkan oleh kerajaan sebagai bahan sejarah dan sekarang disebut Colisium theatre. Dan ia kemudiannya bercambah dari masa ke semasa di bandar-bandar utama di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu hinggalah menemui zaman gelapnya sekitar hujung tahun 1970-an.
            Satu daripadanya di Tanjong Tualang, Perak yang dinamakan Windsor Theatre. Setelah sekian lama terbiar, peremis itu pernah dijadikan kilang kasut slipar untuk beberapa tahun. Kemudian ia terbiar kembali hingga sekarang.
            Ada satu peristiwa lucu. Ketika babak yang menarik sedang ditayangkan, ada penonton yang tidak sanggup meninggalkan tempat duduk dan terpaksa menahan kencing. Akhirnya, dek kerana terlalu lama menahan, air kencing dipancutkan dari tempat duduk. Aduhai....penonton yang dihadapanlah yang malang. Namun keasyikan melenyapkan rasa dan bau itu. Ia hanya disedari setelah filem tamat. Nak cari si-pengencing pun susah sebab, sebelum lampu dibuka, 'orang'  itu terlebih dahulu keluar panggung! Banyak lagi sebenarnya peristiwa lucu, sedih, suka dan duka di dalam panggung wayang ketika itu...


Jagindas:  Mula mengenal pawagam di Teluk Anson (sekarang Telum Intan) sekitar tahun 1960an. Aduhai klik di sini [asyiknya..]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.