Madu Diberi Pun Dikatanya Racun
OPERA CINA .... dengan seribu wajah! |
PAGI tadi, penulis sempat
bersembang-sembang dengan rakan dari kaum tionghua sambil minum teh cina.
Pastilah, oleh kerana dua isu utama sedang dihadapi negara, iaitu tarikh
pilihanraya dan serangan pengganas di Sabah, maka penulis terus sahaja
mengheret isu tersebut ke dalam perbualan kami.
Apabila
penulis cuba mencuit kisah serangan penceroboh bersenjata di Sabah yang
sehingga kini masih belum tamat, rakan penulis itu semacam mahu mengelak-ngelak
seolah-olah dia tidak begitu tahu apa yang berlaku. Barangkali juga dia 'takut'
untuk mengatakan sesuatu. Takkanlah akhbar cina dan berita manderin tiada
memaparkan berita itu?
Kemudian
penulis mengalihkan isu sembang kepada pilihanraya. Penulis cuma ajukan dua
soalan: Pertama, apa kedudukan negeri Perak, Pulau Pinag dan SElangor dalam
PRU13 nanti dan kedua, apa pula kedudukan kerusi Parlimen Malaysia?
Dia
jelas nampak berminat. Katanya negeri-negeri terbabit masih 50-50 manakala
Parlimen dipercayai masih dikuasai Barisan Nasional (BN) tetapi hanya menang
selesa. Namun katanya, untuk di Semenanjong Malaysia beliau percaya parlimen BN
akan kalah. Yakin! katanya.
Apabila
penulis minta dia mengulas lebih lanjut pendapatnya itu, rakan itu berkata di
Semannjong parti pengundi pembangkang terutama dari kaum cina masih merestui
pembangkang khususnya DAP. Kemenangan Parlimen BN adalah disebabkan penduduk
Sabah dan Sarawak yang masih memihak
kepada BN.
Katanya,
keadaan ini berlaku kerana di negeri Malaysia Timur itu keadaan penduduk masih
di kampung-kampung dan mereka mudah ditarik perhatian dengan pelbagai projek kemudahan-kemudahan
asas serta insentif-insentif termasuk pelbagai bantuan (seperti BR1M dan
lain-lain) yang diberikan kerajaan BN.
Menurutnya,
antara sebab BN di tolak oleh masyarakat cina kerana mendakwa dalam BN terlalu
banyak korupsi yang dibuat oleh Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
"Banyak berlaku korupsi dalam
pemerintahan BN yang lalu dimana mereka memberikan peluang kekayaan kepada kaum
kerabat, saudara mara dan kroni-kroni," katanya ringkas.
Bagi
mereka, isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan
tanah di pelabuhan Klang masih dianggap isu yang paling besar dalam negara
sehingga mendorong orang-orang cina menolak BN.
Dengan
memberikan beberapa petunjuk yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan
Kelantan, penulis cuba membuka pandangannya supaya melihat isu korupsi dan
kroni itu supaya tidak terlalu menekan kepada BN seolah-olah jika pembangkang
memerintah kesemua masalah itu selesai sepenuhnya.
Malangnya,
rakan penulis itu menepis pandangan penulis seolah-olah dia tidak memahami apa
yang penulis cakap lantas terus membawa persembangan kami kepada
kesalahan-kesalahan dan kesilapan yang dilakukan BN sekarang dan beberapa tahun
sebelumnya.
Kerana
tidak ada pilihan lain, penulis mengheret pemikiran rakan itu kepada isu-isu
nasional semasa seperti perniagaan haram, kongsi gelap, isu rumah rakyat mampu
beli, kebajkan terhadap rakyat pelbagai pringkat, pendidikan, pelaburan,
peluang perniagaan dan macam-macam lagi.
Rakan
penulis itu nampak macam gugup dan akhirnya terdiam dan terus membuat satu
kesimpulan: "Tak pedulilah apa terjadi. Kalau siapapun menang atau kalah,
kita dapat apa?" Dengan ketawa kecil dia pun beredar.
Penulis
faham, dia meninggalkan satu jawapan yang dangkal untuk mengelak daripada
penulis menceritakan pelbagai nikmat yang telah kerajaan BN berikan kepada
seluruh rakyat malah dalam bidang perniagaan orang cinalah yang sudah jelas
jelas menguasainya.
Dia
tidak mahu terperangkap dengan dakwaan-dakwaan dan penjelasan yang penulis
katakan seterusnya kerana dalam hatinya sudah terbenam satu tekad bahawa apa
saja yang pembangkang kata benar belaka manakala apa pun yang kerajaan
laksanakan adalah bohong dan wayang semata.
Inilah
pemikiran yang cukup dhaif dan menjengkelkan. Dalam pemikirannya langsung tidak
menghargai bahawa keamanan dan kebebasan yang dimilikinya sekaranglah
membenarkan dia bebas berniaga dan mengembangkan kekayaannya.
Jagindas: Penulis faham, sebenarnya 'dia' mahukan
negara ini, itu saja. Tak kira apapun terjadi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.