Khamis, 7 Mac 2013

PENYANYI NASYID, YASIN, DIPERSADA SENI

Kini, Antara Insan Seni Islam 
Penyeri PR

Petikan daripada akhbar  "Wadah Selangor Kini", cetakanMac, 2013

KETIKA mula-mula Yasin membabitkan diri dalam dunia lagu nasyid kira-kira lebih sepuluh tahun yang lalu, penulis begitu senang dengan suara, penampilan dan mesej ang disampaikan menerusi nasyidnya itu. Orangnya pun bukanlah koyok sangat. Boleh tahanlah...
            Selepas dia berumah tangga dan mempunyai anak, entah mengapa terdengar dia meragam sekejap. Flip flop. Di antara desas desus itu macam-macam cerita didengar yang dilaporkan media-media. Entah boleh percaya entah tidak, tak tahulah pulak. Yasin sahaja yang tahu!
            Ada kata dia macam dah biul. Ada kata dia sakit, penulis pun turut berdukacita... Ada kata dia dah disampuk parti lalu menyokong pembangkang, pun penulis berasa gundah.... Dan macam-macam lagi..
            Apa sebenarnya berlaku pada budak ini, ha? Tapi penulis percaya PAS dan PKR memang suka orang macam ini. Dan, penulis juga percaya akan bertambah banyak lagi orang-orang seperti ini akan menurut jejak Yasin itu setelah Bob Lokman, Abby, Dayangku Intan, Ito dan beberapa yang lain.
            Baguslah......Penulis teringat dakwaan beberapa artis sedikit masa lalu mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak membela artis.  (penulis baca huruf e itu dalam dua wajah iaitu e taling dan e pepet.
            Dalam bahasa kasarnya: "duduk dalam BN tak boleh cari makan laa..." Agaknya juga Yasin sudah ada lagu berjudul "Kekalkan Putraja Selamanya ".  
            Cuma, kalau BN menang lagi dalam PRU13 ini nanti, dan lagu itu pula memang sudah ada, harap-harap sedekahkanlah lagu itu kepada BN yek! Hehehe... kalau belum buat, perlahan-lahan ciptalah. Jangan bimbang, BN juga bersifat terbuka tetapi berhati-hati..
            Ramai juga rakan-rakan penulis yang agak kesal dengan tindakan Yasin itu. Namun mereka tidak kisah jika Yasin hanya melagukan lagu-lagu nasyid biasa...
            Apapun, semua itu adalah hak peribadi Yasin. Semua orang kena hormat kebebasan dan hak asasi seseorang.
                                                      

Jagindas: Nak dengar lagunya klik di sini.  Amacam..? Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.