Jumaat, 12 Julai 2013

JALANKAN TUGAS DGN AMANAH ELAK FITNAH

Demi Malaysia...sanggup redah lautan bergelora
Kalau Tidak Apa-Apa Masakan Tempua Bersarang Rendah!

DALAM satu perbahasan di parlimen baru-baru ini, seorang menteri menjawab satu soalanyang dilontarkan oleh seorang ahli parlimen berkaitan isu ramai polis menerima rasuah. Dalam jawapannya itu, menteri itu menafikan tuduhan tersebutn namun beliau juga tidak menafikan mungkin perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh penjawat-penjawat awam lain yang sering berhadapan dengan orang awam terutama mereka yang ada kaitan dengan 'bahagian penguatkuasaan' seperti kakitangan bandaraya dan sebagainya.
            Sepintas lalu, menteri itu secara jujur mengakui perbuaan menerima rasuah diakui berlaku dalam anggota penjawat awam terutama mereka yang kerap berhubung terus dengan orang awam.
            Soalan daripada ahli parlimen (pembangkang) yang mengkaitkan polis sebagai sinonim dengan rasuah juga wajar dipandang berat kerana tugas mereka itu amat berkait rapat dengan masalah keselamat dan ketenteraman awam.
            Barangkali, soalan itu ditimbulkan berikutan masih bertaburan pendatang asing tanpa permit dan yang menyalahi permit bersenang lenang di negara ini. Mungkin juga banyaknya perimis-perimis judi mesin komputer beroperasi secara terbuka. Demikian juga dengan pusat-pusat hiburan yang beroperasi menyalahi permit dan tidak berlesen.
            Berkembang biaknya agen-agen judi nombor ekor tanpa lesen juga mungkin menyebabkan usul itu timbul dan banyak lagilah hal-hal yang seumpamanya yang pada umumnya khalayak  pun tahu kerana ianya terdedah dengan nyata di sekeliling kehidupan mereka seharian.
            Tindakan bermaharaja lelanya kenderaan perdagangan yang menyalahi undang-undang juga antara yang turut boleh dikaitkan dengan usul ahli parlimen tersebut. Jabatan Pengankutan Jalanraya (JPJ) dan polis tentunya adalah sasaran yang tidak boleh tidak yang harus dikaitkan.
            Jadi, selain daripada pihak berkuasa tempatan, JPJ dan polis kakitangan awam lain yang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti imegresen dan kastam adalah antara agensi besar yang berkait rapat dengan isu berkenaan.
            Justeru, meski soalan asal ahli parlimen itu menujah kepada polis, namun kemneterian-kementerian yang berkaitan dengan penguatkuasaan sewajarnya mengambil berat terhadap usul yang diketengahkan oleh ahli parlimen berkenaan. Isunya di sini adalah "pendatang asing".



Jagindas: Nampak pelik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.