Pembekal, Pengguna Atau
Kerajaan?
SETIAP
kali tiba bulan puasa (Ramadhan) dan diikuti perayaan, negara akan kecohlah
dengan masalah kenaikan harga barang keperluan harian. Antara yang menjadi
mangsa adalah sayur-sayuran seperti bawang, cabai, daging, ayam dan rempah
ratus yang lain. Masing-masing dengan alasannya. Cuaca panas, permintaan
melebihi bekalan dan permainan manipulasi pihak tertentu adalah antara yang
kerap dijadikan sebab berlakunya hal demikian.
Pengalaman ini bukan baru malah
boleh dikatakan negara kita menghadapinya sejak lebih 30 tahun lalu hinggalah
sekarang. Dalam tempoh itu pula entah berapa orang pula menteri yang berkaitan
telag bertukar ganti. Masih belum ada satu formula atau kaedah yang konkrit
bagi mendiamkan isu ini setiap kali tiba waktu-waktu sebegini.
Amaran dan pelbagai teknik yang
dikemukakan oleh Bahagian Hal Ehwal Perdagangan dan Kementerian Asas Tani
nampaknya tidak menjadi kudis bagi pembekal, peraih dan peniaga terbabit.
Golongan peniaga runcit barangkali adalah mangsa yang terpaksa menghadapinya
atau golongan peniaga yang dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan.
Apa pun teorinya, harga barangan
tetap akan naik dan pihak berkenaan nampaknya hanya mampu 'menziarahi'
pasar-pasar, mengeluarkan kenyataan dan amaran tanpa sedikit diendahkan oleh
sesiapa pun terutama pembekal dan peraih. Rakyat atau golongan pengguna menaruh
harapan demi harapan agar kos sara hidup mereka terus terbela terutama
menjelang hari raya aidilfitri.
Bagi penulis, di Malaysia situasi
ini menunjuk bahawa pembekal lebih berkuasa daripada kerajaan. Itu sahaja. Jika
tidak , pasti tidak akan berlaku perkara seperti ini setiap kali menjelang
puasa dan hari raya lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan perayaan orang Melayu
dan Islam.
Seruan supaya rakyat khususnya umat
Islam memboikot ayam atau apa-apa sahaja bahan makanan yang dinaikan harganya
secara mendadak dan keterlaluan amat di
sokong. Justeru, bersatulah wahai umat Islam dan berusahalah memboikot
benda-benda seperti itu. Mari kita haluankan nafsu agar tidak terdorong kepada
barangan-barangan tersebut untuk seketika. Kita telah di ajar sebegitu dan kita
juga wajar mengajar yang demikian itu!
Takkanlah tidak menjadi puasa jika
seminggu tak makan ayam. Takkan kebuluran kita jika tanpa hidangan lauk ayam dalam
seminggu dua ini. Ayuh, boikotlah. Cubalah dalam seminggu dua. Jika pembekal
merasakan mereka berkuasa dan menidakkan pesanan baik kerajaan, maka masanya
sekarang pengguna menunjukkan kuasa mereka sebagai pembeli.
Ayuh, segera boikot ayam SEKARANG
dan beberapa barangan yang lain selepas ini...!
Jagindas: Kerajaan wajar malu
dengan kelemahan ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.