Khamis, 11 Julai 2013

JAWAPAN BAGAI MELEPAS BATUK DI TANGGA.....

YDP Dewan Rakyat
Wakil Rakyat Mesti Faham Jawapan Konkrit!

DUA HARI kelmarin, seorang ahli parlimen membangkit isu pendatang asing yang didakwanya telah menambahkan lagi pelbagai jenayah di negara ini khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Antara bangsa asing itu disebutkannya adalah orang Indonesia dan Afrika atau gagak hitam.
            Dalam jawapannya, menteri berkenaan (timbalan menteri rasanya) berkata sumbangan jenayah oleh warga asing di negara ini hanyalah 1% (satu peratus sahaja) manakala selebihnya adalah dilakukan oleh penjenayah penduduk tempatan.
            Satu jawapan yang menarik dan penuh retorik politik. Bermakna, jika aktiviti jenayah di negara ini mencapai 99% dilakukan oleh penjenayah asing barulah ia menjadi isu dan kerajaan akan merangka satu tindakan yang cekap. Begitukah?
            Penulis rasa, bukan itu jawapan yang diperlukan oleh yang menyoal mahupun rakyat jelata. Lupakah timbalan menteri itu pepatah melayu "api masa kecil menjadi kawan, sesudah besar menjadi lawan". Maknanya, banteras sebelum parah. Cegah sebelum parah. Kenapa nak tunggu sehingga menjadi besar?
            Dari sudut kesediaan menjawab, penulis melihat ramai menteri kita masih belum bersedia memberikan jawapan yang konkrit. Atau juga, mereka yang bertanggungjawab menyediakan jawapan itu telah menyediakan jawapan tersebut sekadar "melepaskan batuk di tangga".
            Jika demikian, menteri sewajarnya menolak jawapan seperti itu sebelum ke sidang parlimen dan pastikan apa-apa jawapan yang hendak dikemukakan hendaklah bersifat tegas, konkrit dan bukan bersifat kepolitikan.



Jagindas: Bila bercakap di media selalu kata rakyat kita sudah matang dan boleh menilai...tetapi bila bercakap di perlimen masih ditakuk lama...bermakna, mentaliti wakil rakyat BN berubah dalam ensutan yang amat kecil...! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.