Zahid Hamidi |
Sebab Pagarnya Memang Jenis Makan Padi
BUKAN MAIN ghairah lagi pihak berkuasa memberkas pendatang asing yang
berkerja sebagai pengawal keselamatan di negara ini, khususnya mereka yang
menggunakan identiti palsu. Bukan itu sahaja, malah mudah benar memberkas
mereka bagaikan si-nelayan sudah mengetahui lubuk ikan. Dah macam-macam cerita
keluar....Repoter pun dah lenguh jari
nak taip story. OK, OK, bagus dan
tahniahlah! Rakyat bangga dengan anda semua.
Rentetan daripada peristiwa kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, ditembak mati oleh pengawal bank itu sendiri, sehari dua berikutnya hingga sekarang hampir setiap hari ada sahaja tangkapan dibuat. Semuanya tangkapan secara borong. Maksudnya banyak. Kira macam boronglah tu.. Misalnya, pergi ke pasaraya, mereka berkas 10, 20 orang. Begitulah keadaannya hari ini.
Rentetan daripada peristiwa kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, ditembak mati oleh pengawal bank itu sendiri, sehari dua berikutnya hingga sekarang hampir setiap hari ada sahaja tangkapan dibuat. Semuanya tangkapan secara borong. Maksudnya banyak. Kira macam boronglah tu.. Misalnya, pergi ke pasaraya, mereka berkas 10, 20 orang. Begitulah keadaannya hari ini.
Justeru, kita nak tanya: mengapa setelah hilang satu nyawa baru
segala-galanya bertindak. Pantas dan bersepadu. Apa sebenarnya yang menghijabkan
pihak berkuasa sebelum ini sehingga mendorong syarikat-syarikat kawalan keselamatan
tamak mengaut laba tanpa memperdulikan keselamatan awam dan negara?
Mustahil pihak berkuasa
khususnya Kementerian Dalam negeri (KDN) tidak tahu. Mustahil... Tidak berapa lama
dulu kita sendiri mengakui bahawa pasukan risikan negara hebat dan berkesan. Dunia
pun angkat tabik. Maknanya, kes-kes mengesan pendatang seumpama ini tentulah
dihujung jari pasukan itu sahaja. Orang kata, kalau kerja bab-bab macam itu umpama makan kacang
saja, bukan kah?
Dengan kata lain, KDN
tentulah sudah lama mempunyai maklumat yang lengkap. Kalau tidak, masakan
sebaik sahaja berlakunya peristiwa menyayat hati itu semua lubang terbuka
habis. Elok, cantik dan bergaya pasukan kita berkerja. Ada masuk tv, tajuk
utama akhbar-akhbar, ada gambar dan
macam-macam ada. Awam kata glamor kan? OOpppss! mohon maaf, bukan untuk
mengguris hati mana-mana pihak. Apa yang pasti pasukan kita memang tidak
bekerja untuk glamor. Itu adalah prinsip. Ya, saya tahu itu tuan, tapi bulan
semua rakyat kita faham!
Justeru, mintak tolong
menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi, perjelaskan kepada umum tanpa berselindung
apa-apa. Bak kata orang-orang politik hari ini, telus dan mulus. Tersiratnya, mengapa
seolah-olah ada 'kegagapan' untuk bertindak awal walaupun sebelum ini KDN (dan
yang sesekutu dengannnya) sudah mengetahui keberlakuan, kesan dan impaknya
kepada negara.
Rakyat bukan lagi setakat berbisik-bisik,
sok sik sok sik di kedai-kedai kopi dan mana-mana pertemuan khalayak tetapi
sudah semakin nyaring, itu dan ini , bla
bla bla....Mulut tempayanlah pak menteri, mana boleh tutup. Apapun, jangan
takut risikonya terhadap agenda politik diri sendiri atau sesiapapun apatah
lagi kesannya terhadap pilihanraya akan datang. Berkata benarlah. Tegas, telus
dan tembus!
Pak menteri..., alangkan
dipagar dan dikubu pun pecah berderai inikan pula sengaja dibiarkan masuk
menjadi pagar! Barulah tepat kata pepatah: harapkan
pagar, pagar makan padi. Mana tidaknya, pagar yang dibina adalah memang jenis
makan padi. Hehehe...
Justeru, KDN kena semak
semua 'genre' kerjaya yang menggunakan kaum-kaum pendatang ini secara B E R T E
R U S A N. Tiada bermusim tidak berjadual selagi Barisan Nasional (BN)
memerintah negara. Bukan apa, kadang-kadang muak juga mendengar frasa-frasa
yang terkeluar dari mulut pemimpin seperti: ...kita
tidak akan teragak-agak....kita tidak akan berkompromi....tindakan
undang-undang akan .... dan yang seumpamanya.
Jagindas:
Kedai judi mesin berkomputer dah
operasi semula setelah hampir empat bulan tutup (diarah tutup)....huhuhuhu...
Bangla dan Myanmar ada peluang sambung kerja...hahahaha...Jadi JAGA: Jaga
mesin, jaga pintu, jaga cctv...hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.