Selasa, 5 November 2013

TAHNIAH: PAS MENANG PRK SG LIMAU (N20) KEDAH

Sumbangan BN Mudahkan Kerja Wakil Rakyat

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (N20), Sg Limau, Kedah ,semalam memihak kepada Pas dengan keputusannya seperti berikut : Pas :12,105 | Bn : 10,998 | Rosak : 123 Dari borang 14..Majoriti 1,107. Atas kehendak Allah Taala, tiada siapa pun boleh menghalangnya biar segunung intan sekalipun dicurahkan namun apa pun keputusannya tetap kepunyaan Allah jua.
            Penulis mengucapkan tahniah kepada Pas keseluruhannya kerana berjaya mengekalkan kerusi tradisi Pas itu bagi kawasan Dun tersebut. Dan, semua pihak khususnya Barisan Nasional (BN), lebih-lebih lagi Umno hendaklah menerima keputusan itu dengan hati terbuka serta berlapang dada.
            Apabila sudah kalah, terimalah kekalahan dengan lembut dan insaf. Bukannya menyambut kekalahan itu dengan ayat-ayat bongkak serta sombong yang di hujung-hujungnya seperti tidak dapat menerima kenyataan. Dengan kata lain, "nak menang juga walaupun hakikatnya memang sudah kalah".
            Justeru, BN tak perlulah mengulas kekalahan mereka itu dengan ayat-ayat kecewa tetapi sombong seperti: ...walaupun kita kalah tetapi majoriti Pas kali ini turun drastik...; Kita sebenarnya telah menang dalam kekalahan...;  dan sebagainya.
            Memang benar, pihak lawan lebih teruk dari itu rentaknya sama ada menang mahu pun kalah. Merekan tabur macam-macam fitnah. Lebih bongkak dan somboh bodoh. Namun begitu, mestikan diikut rentak yang tiak elok begitu? Kekalkan cara kita yang lemah lembut dan sentiasa meneliti kekhilafan diri..
            Dari segi fakta pertandingan, KALAH tetap KALAH. Cuma, dari segi prinsip kemanusiannya, yang menang tidaklah bererti menang semua manakala yang kalah bukanlah bermakna kalah semuanya..
            Apapun seperti yang saya tulis sebelum ini, wakil rakyat Pas yang baru itu bukan sahaja menang PRK tersebut bahkan telah menang dalam beberapa perkara lain lebih awal berikutan sebelum pertandingan berlaku kerajaanBN telahpun menyalurkan banyak sumbangan sekali gus memudahkan kerja wakil rakyat yang baru itu. (baca di sini)
            Pengelaman nampaknya tidak mendidik BN untuk lebih matang...Bukan BN tidak tahu di situ adalah kubu kuat Pas. Bukan BN tidak faham rasa dan perasaan penyokong-penyokong Pas terhadap Allahyarham DS Azizan masih kuat. Bak kata orang tua-tua, masih merah lagi tanah pusaranya...
            Justeru, untuk masa-masa akan datang berfikirlah secara ahli perniagaan pasaran komoditi masa hadapan bukan seperti peniaga ikan tatkala perahu nelayan memunggah di jeti. Ya, betul, bukahlah semua perkara mesti difikirkan begitu, tetapi bagi kes-kes seperti di N20 itu, BN sepatutnya sedemikian berfikir dan bertindak. Bak kata Haji Bakhil dalam filem Nasib Lalu Labi: "Begitu caranya berfikir, cikgu Murni.
            Ada satu lagi saya nak pesan: terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata terimalah padahnya, apatah lagi bagi mereka yang sememang-memangnya amat 'getik' dengan BN. Puak-puak ini, mereka tak memikir apa yang mereka buat dan kata kepada BN tetapi mereka akan teliti halus biarpun sebesar debu setiap kesilapan kita. Maklumlah orang dah benci la katakan.....
            Simple mathamatic  bang...

JagindasIbarat - Ayam terlepas tangan bau tahi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.