Ahad, 3 November 2013

UTAMAKAN KESELAMATAN AWAM, NEGARA

Jangan Kejar Untung Sahaja

SETAKAT catatan ini ditulis, penjenayah yang menambak mati kerani Ambank, Norazita Abu Talib, minggu lalu masih belum dapat diberkas. Maklumat polis menerusi akhbar hanya mengatakan penjenayah tersebut masih berada dalam negara dan polis percaya telah menemui beberapa petunjuk baru.
             Barangkali, dalam masa terdekat ini polis berjaya memberkas penjenayah berkenaan. Mudah-mudahan, didoakan bersama.
            Rentetan daripada peristiwa itu, terburailah pelbagai cerita - menarik, geli dan meluat pun ada. Secara serta merta syarikat kawalan keselamatan yang terbabit telah digantung operasinya. Tahniah dan terima kasih. Kali ini naluri kerajaan sedemikian sama tindakannya dengan resa hati rakyat.
            Namun, malang benar rasanya apabila sumber media mengatakan syarikat berkenaan masih beroperasi macam biasa selepas arahan itu dikeluarkan. Dan, berita baru-baru ini pula pihak berkuasa mengarahkan syarikat tersebut memberhentikan operasinya serta merta.
            Bermakna sudah dua kali arahan dikeluarkan. Ini bukan calang-calang arahan. Ia adalah amat SERIUS tetapi masih boleh dipersenda oleh syarikat berkenaan. Hebat, memang hebat. Siapakah pemilik syarikat itu ye?
            Ada desas desus kata ia dimiliki oleh orang yang 'berkecimpung' dalam politik. Makanya di sebut, sebab itulah keras kepala sedikit. Maklum, barangkalai dia merasakan pasti sekali kerajaan akan buat 'under-cover'. Begitukah?
            Justeru, bagaimana kita nak  meminta rakyat supaya patuh dan taat kepada undang-undang, hormati negara dan bla bla bla bla... kalau arahan yang sebitu serius pun masih boleh dipersenda?
            Justeru, apabila sesuatu arahan atau perintah dikeluarkan adalah dinasihatkan supaya kerajaan atau pihak yang berwajib pada masa sama memastikan 'subjek' mematuhi arahan itu tanpa soal.
            Itu satu hallah. Macam mana pula setelah satu nyawa hilang menerusi cara yang amat kejam maka barulah timbul betapa ramainya pengawal keselamatan yang tidak sah, guna kad pengenalan palsu dan berbagai-bagai palsu lagi (jangan-jangan ada yang pakai gigi palsu dan kaki palsu (??), hehehe, jangan marah ha!.)
            Lagi pening kepala apabila ada seorang pengawai yang terbabit di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan akhbarnya susulan berita itu berkata bahawa 'perkara seumpama itu' sudah lama pihaknya sedar, sudah lama berlaku..' Kenyataan apakah ini? Main-main kah???? Ini soal keselamatan awam. Keselamatan negara juga!
            Penulis bukanlah mahir tentang undang-undang. Namun, kenyataan seperti itu rasanya membolehkan keluarga mangsa tembak mengheret kerajaan khususnya KDN ke mahkamah dan menuntut ganti rugi. Tidakkah nanti imej KDN dan negera tercemar? Satu dunia turut memperlecehkannya.
            Yang kerap diperhatikan adalah selalu sahaja begitu. Misalnya di segi jalan raya, jika belum lagi berlaku kemalangan dan kehilangan nyawa yang banyak, maka tidaklah dipasang lampu trafik atau lalauan jejantas atau jejambat biarpun sesibuk mana sekalipun kawasan itu. Alasan paling mudah diberikan: belum ada keperluan, belum ada peruntukan dan sebagainya..
            Apakah perihal jenayah juga sedemikian langkah aturnya? Kita selalu bercakap dengan pandai dan panjang lebar: Cegah sebelum parah. Apakah cogan kata ini hanya sekadar suatu ilusi?
            Di kedai-kedai kopi, warong-warong rakyat yang pelik turut bercerita tentang keganjilan itu. Cerita yang tidak ada noktahnya....


JagindasKembalikanmereka ke tempat asalnya sebelum mereka mengambi-lalih tempat kita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.