Ahad, 4 November 2012

LAKSANAKAN HUKUMAN MANDATORI


Ke atas Pemandu Tanpa Lesen dan Pemilik Kenderaan Terbabit

GAMBAR HIASAN
BERITA  kemalangan jalanraya membabitkan empat maut termasuk seorang remaja berusia 14 tahun menaikan darah penulis. Bukan kerana kes kmalangan itu tetapi perihal kecuaian ibu bapa sehingga membolehkan remaja berusia 14 tahun memandu kereta tanpa lesen milik ibu/bapanya sendiri  berita di sini
            Realitinya, sikap ibu bapa membenarkan anak-anak yang tidak memiliki lesen, memandu kenderaan sama ada motosikal mahupun kereta memang banyak berlaku. Barangkali, bagi mereka itu adalah sebahagian daripada cara mencurahkan kasih sayang. Konon...

POPULARITI BUKAN LAGI JAMINAN


Menang Atau Kalah

KENYATAAN Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, yang mendakwa kesediaan Hj Hadi Awang (PAS) bertanding di Pekan menentang Datuk Seri Najib sebagai satu taktik mencabar kepopularan Perdana Menteri adalah dianggap sebagai satu kenyataan klise' dan tidak sesuai diucapkan pada pilihanraya era ini   di sini
            Beberapa pengundi yang ditemui berkata, populariti seseorang calon bukan lagi faktor penentu untuk menang dalam sebarang pertandingan pilihanraya berikutan sikap pengundi yang akan memilih seseorang calon berdasarkan citarasa pengundi sendiri. Bermakna, ada kalanya hanya dengan satu kelebihan yang kecil bagi seseorang calon itu dipandang tinggi oleh pengundi.
            Sebagai contoh, calon A bagus dari segi kerjanya tetapi sukar didekati kerana terlalu mematuhi protokol manakala calon B pula lebih bercakap dari kerja namun dia mudah dirapati. Bagi sesetengah tempat, calon B lebih baik dari calon A. Walaupun dia tidak popular namun harapan untuk menang lebih cerah berbanding A.
            "Mengambil contoh Zambry sendiri, ketika ini Zambry boleh dikatakan sudah popular di Perak lebih-lebih lagi di Pangkor. Jadi, sesiapa sahaja yang akan menandingi Zambry nanti, apakah Zambry yakin akan menang dengan jayanya?", kata seorang pengundi.

CINA MESTILAH PILIH CINA


Sikap Tolong Bangsa Memang Tinggi

KAJIAN apa pulak ini   klik di sini
            Hal serupa ini sudah lama orang tahu. Bagi penulis, mereka yang buat kerja kajian seperti ini kira macam sudah tidak ada kerjalah.. Benda-benda macam ni, tengok dengan mata kasar pun sudah tahu jawapannya. Bahkan satu Malaya sudah tahu. Kalau cakap lebih-lebih, nanti kata perkauman pulak! Diam saja sudah.

Sabtu, 3 November 2012

MENGAPA AHMAD MASLAN RASA PELIK PULAK?

AHMAD MASLAN... Jangan main benda pelik

Hasrat Hadi Lawan Najib

KHABARNYA, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan, merasa pelik mendengarkan berita Hadi Awang mahu bertanding di Parlimen Pekan menentang Datuk Seri Najib Razak   baca di sini
            Apa yang peliknya, Ahmad?  Penulis nak ingatkan Ahmad, jangan mudah sangat pelik, terperanjat mahupun tidak percaya. Jangan main-main dengan benda-benda pelik. Kalau dibuat hasilnya jadi kejutan, ada yang tumbang berdiri hanya disebabkan benda pelik.
            Jangan mudah perlemahkan pihak lawan. Soal mengapa Hadi dan mengapa tidak calon yang lain, itu tidak timbul. Yang perlu diambil perhatian adalah Najib akan ditentang orang kuat PAS. Saya ulangi, Najib akan ditentang oleh orang kuat PAS (kalaulah benar terjadi).
            Jadi, bagaimana persediaan kita? Misalnya, mungkin kita kena dapatkan 'keris taming sari' untyuk diserah kepada Najib supaya mudahlah dia menentang pahlawan Haji Hadi nanti.
            Sambutlah dengan tenang cabaran itu dan bersiapsiagalah menghadapinya. UMNO tidak perlu mencadangkan siapa-siapa dari PAS untuk menandingi Najib atau sesiapa sahaja pemimpin tertinggi UMNO/BN di mana-mana kawasan pilihanraya.
            Jangan peleceh dan jangan sindir menyindir. Dalam apa-apa pertandingan sebarang kemungkinan akan berlaku. Hari ini orang kata YA, esok belum tahu lagi. Kadang-kadang waktu pagi kata OK, bila sebelah petang dah katak TAK OK
pulak.
            "UMNO tidak ada halangan kalau sesiapa sahaja daripada pihak pembangkang hendak melawan Najib di ParlimenPekan dalam PRU13 nanti atau di mana sahaja kawasan. Kita bersedia ke arah itu meskipun kalau boleh kita berharap tiada pertandingan di situ...."  lebih kurang macam inilah sepatutnya Ahmad kata.       
            Justeru, nasihat penulis kepada semua pemimpin UMNO/BN semakin hampir berlaku pilihanraya, maka semua pihak seharusnya semakin berhati-hati, bersedia dan celik mata akal dan fikiran.


Jagindas: Semoga menang dengan jayanya.