Bahang Boleh Sebabkan 'Strok Haba'
PERINGATAN yang diberikan oleh Timbalan Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar), supaya orang ramai
terutama kanak-kanak supaya tidak mendedahkan diri terlalu lama kepada bahang
kemarau ketika ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Berita lanjut baca di
sini.
Justeru, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) diharapkan segera mengeluarkan arahan supaya semua pengurusan
sekolah menggunakan budibicara masing-masing untuk membuat pilihan sama ada
menghenti atau tidak sebarang aktiviti luar bilik darjah seperti kokurikulum pada
sebelah tengah hari dan petang.
Tak payahlah tunggu
sehingga berpuluh murid masuk hospital akibat renjatan kemarau barulah kelam
kabut nak keluarkan pekeliling. Kalau itu yang berlaku ramai nanti pegawai yang
perasan muka masuk TV...
Jagindas: Di rumah econd, dalam kereta econd, di pejabat
pun econd. Agaknya itu sebab langsung tak perasan yek ?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.