Malam tadi, sambil-sambil saya sentuh soal
memperkasakan pendidikan sejarah disekolah-sekolah, saya juga ada menyebut
sebab utama (pada pandangan saya) kegagalan Pendidikan Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI/ETeMS).
Pagi
ini pula, seorang rakan saya yang juga bekas guru besar (dah bersara lah tu)
menelefon saya setelah membaca tulisan saya itu. Katanya, ketika bertugas dulu,
bila tiba hari minggu bahasa inggeris, dia akan mintak tolong kawan dia tuliskan ucapan pendek dalam bahasa inggeris untuk dibacanyanya
pada perhimpunan pagi.
"Dah lah ucapan orang tolong buat, kita yang
baca ni pun tersenyum bebudak mendengarnya sebab sebutannya tak berapa nak
betul" katanya sambil gelak ketawa.
Jadi,
ingat tu Pak Menteri, jangan sampai pisang berbuah dua kali. Melakukan kesalahan
yang pertama kali boleh diterima sebagai satu kesilapan, tetapi melakukan
kesilapan yang serupa berulang kali, itu dikira satu kedegilan.
Menyemak
kembali kegagalan yang lalu bererti memuhasabahkan diri. Semak betul-betul. Bukan
orang saja, jabatan dan kementerian juga perlu bermuhasabah. Oleh itu, semaklah
balik program KBSR (kurikulum baru sekolah rendah), KBSM (kurikulum baru
sekolah menengah), PPSMI, KSSR (kurikulum standard sekolah rendah) dan
macam-macam lagi. Jangan hanya gah pada nama dan perbendaharaan kata saja. Paling
malang, jangan sampai kita tak faham apa yang kita rancangkan! itu lagi parah!
Nanti falsafah akan disebut falsampah.
Orang
tua-tua kata, mana-mana yang elok kita perelokkan lagi, mana-mana yang kurang
baik kita perbaiki dan kalau ia memang tidak beguna maka kita buang dan
gantikan dengan yang baru yang lebih bermutu.
Banyak
wang dan tenaga yang kita habiskan untuk menjayakan sesuatu program baru. Sana sini pembangkang kata
kita habiskan duit rakyat tanpa perancangan rapi. Cakap-cakap macam ni yang tak
lalu nak dengar sedang mereka bukan tak tahu yang kita bercengkang matasiang malam untuk
menjadikannya.
Tidak
kira apa lonjakan nama yang diberikan, tranformasikah atau reformasi pendidikankah atau entah apa si si lagi.
Berilah nama yang gah-gah namun hasilnya juga mesti gah. Jadi, jangan marah
kalau orang mentertawakan kita kalau dok asyik merombak benda yang sama tapi tak selesai-selesai.
Pun begitu,
sebagai rakyat marhain, apa yang saya katakan itu adalah atas dasar ingat
mengingat sesama kita. Saya sedar, siapalah saya nak bercakap tentang
benda-benda besar seperti ini. Degree tak ada, master tak ada, jauh sekali PhD.
Darjat, pangkat dan Dato' lagilah tak ada! Tapi saya sayang negara ini. Banyak
jasanya kepada kepada rakyat...
Jagindas: apapun
yang kita buat, berpijklah pada bumi
nyata, insyaAllah akan betemu realitinya..
Yang melakukan kesilapan jika bijak akan matang.
BalasPadamYang melakukan kesilapan jika tidak insaf ibarat binatang !
Yang Melakukan Kesilapan Jika Belajar Ia Matang,
BalasPadamYang Terus-terusan Melakukan Kesilapan Itu Lebai Malang !
Yang Degil Tidak Mahu Belajar Itu Binatang !