Khamis, 12 Julai 2012

Chong Wei, Anda Mampu Lakukannya


Olimpik London: 27 Julai - 12 Aug

LEE CHONG WEI
UNTUK ACARA BADMINTON, Malaysia memang mempertaruhkan harapan kepada Datuk Lee Chong Wei bagi mendapatkan pingat emas negara pada sukan Olimpik London dalam acara perseorangan yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Augus depan.
            Pada kejohanan Piala Thomas di Wuhan Mei lalu, Chong Wei memutuskan tidak meneruskan perlawanan ketika menentang Denmark berikutan beliau mendapat kecederaan teruk di buku lalinya.  Insiden itu turut membayangkan beliau mungkin tidak dapat beraksi di temasya berprestij Olimpik London jika kecederaan itu tidak dapat sembuh segera.
            Namun, setelah mendapat rawatan intensif melalui pakar perubatan kecederaan tersebut kembali pulih sepenuhnya sekali gus memberikan semula harapan tinggi kepadanya dan negara untuk berjuang merebut emas dalam acara perseorangan badminton.
            Syabas Chong Wei, saya percaya Datuk mampu melakukannya dan ia juga adalah sebagai hadiah terakhir untuk negara berikutan keputusan muktamat Datuk akan bersara dari persada dunia badminton tahun depan.
            Menjadi harapan saya (barangkali semua rakyat Malaysia) agar masalah kecederaan buku lali tempoh hari dan terputusnya harapan Chong Wei untuk mengarak Jalur Gemilang dimajlis pembukaan temasya Olimpik itu nanti tidak menjadikannya sebagai tekanan psikologi sehingga menyebabkan Datuk tumpas pula.
            Bukan apa, kadang-kadang benda-benda besar kita boleh letak ke tepi, tetapi adakalanya yang kecil-kecil pula lebih menghantui benak dan perasaan. Manusialah katakan. Apapun, hanya Chong Wei sahaja yang tahu!
            Bagaimanapun, langkah Malaysia memberi ruang rehat yang banyak dengan tidak membabitkan Chong Wei dalam perbarisan pembukaan amat bertepatan. Bukan apa, kalau nak malang, jalan-jalan santaipun boleh terkehel juga.
            Orait, selamat berjuang Chong Wei dan atlet-atlet lain yang mewakili negara. Anda mampu mencapai kemuncaknya! Jongkong Emas menanti anda semua.
           
           

Jagindas:      Tunggu selepas Chong Wei bertarung, saya ada cerita nak dikongsi dengan anda, hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.