Akta Keharmonian Nasional
menggantikan Akta Hasutan 1948
Najib Razak |
"Najib
berkata, kerajaan akan tetap memastikan peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan dan perlakuan yang berikut:
(i) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja; (ii) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; dan (iii) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan."
[Utusan Malaysia: 12/7/12 p.3]
Sekilas pandang, Akta Keharmonian Nasional yang bakal
menggantikan Akta Hasutan 1948, hanya sekadar pertukaran nama kerana beberapa
perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan 1948 masih relevan.
Bagi saya, tidak kira bagaimana akta itu digarap semula,
apa yang penting akta tersebut hendaklah mampu memberikuasa kepada kerajaan dan
pihak berkuasa mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan negara yang
terdiri daripada multi kaum, agama dan budaya ini terpelihara daripada sebarang cubaan atau anasir yang boleh menghuru harakan negara.
Jagindas: Apapun
nama yang diberi, akta berkenaan hendaklah mampu digeruni semua lapisan rakyat yang berniat jahat terhadap negara ini.
Tidak ada gunanya bermisai tebal, berbadan sasa, namun suara dan langkah
lembik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.