Selagi Ia Tidak Bersalahan Di Segi Undang-Undang
Mustafa Muhamed |
NAMPAKNYA, buat
ketika ini apa sahaja kebaikan atau dasar kebajikan yang kerajaan buat untuk
rakyat terutama yang berkaitan dengan negeri di bawah pemerintahan pembangkang
seperti Kelantan, puakn pembangkang akan memandangnya sebagai dipandang sebagai
usaha kerajaan untuk meraih undi dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13). Terbaru
dalam kes penubuhan Jawatankuasa Khas untuk mengkaji bayaran hasil petrolium
kepada tiga negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terenganu dan Pahang.
Pada masa sama pula pihak kerajaan
terus menafikannya. Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mustafa Muhamed
dan semalam Ketua Pemuda, Khairi Jamaluddin, juga turut menegaskan demikian.[di
sini]
Kerajaan tentulah mempunyai sebabnya
tersendiri, namun dalam apa natijahnya sekalipun, rakyat tetap berpendapat
bahawa isu berkenaan adalah berkaitan rapat dengan PRU berikutan ia tiba-tiba
timbul ketika PRU hampir menjelang. Malah, dalam banyak hal, setiap kali
mengahadapi PRU, memang banyak yang kerajaan luluskan atas nama tanggungjawab
kerajaan yang memerintah demi untuk kesejahteraan rakyat sejagat.
Khairi Jamaluddin |
Soalnya, mengapa
kita begitu takut menyatakan pendirian bahawa apa yang kita lakukan itu memang
benar berkait rapat dengan PRU atau ia memang mempunyai isu politik khususnya
menjelang PRU yang tidak lain tidak bukan bagi mengabarkan kepada rakyat
tentang keprihatinan kerajaan yang memerintah terhadap kesejahteraan
negeri-negeri dan seluruh rakyat dibawah taklukannya. Mengapa? Mengapa takut
menyatakan pendirian yang khusus?
Apakah dengan pengakuan seperti itu,
maka ada isu yang boleh mengheret kerajaan kepada elemen rasuah? Atau, apakah
dengan pengakuan seperti itu, akan mengukuhkan lagi pihak pembangkang sebagai
kumpulan pendesak. Lantas, dibimbangi rakyat akan berpaling arah menyokong
pembangkang bagi mendapatkan sesuatu daripada kerajaan atau tindakan itu
dikatakan akan menyukarkan untuk meraih undi pembangkang beralih kepada Barisan
Nasional (BN)?
Kalau dalam masa sama kita dengan
jelas memberitahu rakyat bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah semata-mata
demi kebajikan dan kepentingan rakyat sesuai dengan moto pengurusan BN terkini
iaitu Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, mengapa tidak
kita akui sahaja bahawa program-program tersebut adalah demi meraih sokongan
rakyat yang lebih padu kepada BN?
Peliknya, (sekadar contoh) pada masa
sama pemimpin kerap pula bercakap: Kalau
BN diberi peluang memerintah Kelantan, masalah air akan selesai... Macam-macam
interpritasi rakyat terhadap laungan tersebut. Ada yang kata macam bunyi
ugutan, ada juga yang kata itulah kempen yang jelas terhadap orang Kelantan.
Apa sebenarnya yang nak
dikhuatirkan?
Jagindas: lebih baik cakap saja terus terang.... terlalu
banyak main sorok-sorok akhirnya menampakkan macam tidak telus pulak. Nak takut
apa, melainkan ia bersalahan dengan undang-undang. Kalau yang tu, wallah
huallam lah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.