GAMBAR HIASAN: Warung di kampung |
Tiada Masa Bertemu Rakyat Jelata
MULAI sekarang sehinggalah menjelang
piliharaya umum (PRU13) nanti, cerita-cerita pilihanraya memang mendapat tempat
di kalangan rakyat terutama mereka yang berhak mengundi. Lebih-lebih lagi bagi
pengundi yang kali pertama akan merasai berdiri di kotak mengundi.
Macam-macam
cerita. Panas, sejuk, seronok malah ada juga khabar-khabar menakutkan. Di satu
pihak bila ditanya akan menjawab: entahlah, masih lagi one step behind. Di pihak lain pula akan berkata: o.., no problem, success! .
Tak
apalah, yang penting rakyat telah diberitahu dan biarlah mereka memikir dan
membuat pilihan yang tepat apabila tiba masanya. Cuma nak ingatkan juga: Jangan
perjudikan masa depan anak cucu dengan menjadikan pilihanraya sebagai ruang
eksperimentasi.
Namun,
ada bisik-bisik di luar sana memberitahu penulis, wakil rakyat BN bukan sahaja
sukar untuk ditemui malah kalau nak minta sesuatu yang kecilpun payah benar nak
dapat. Pendek kata, nak tengok mereka bersungguh mengambil hati atau membantu
kepada yang memerlukan masih tidak menampakkan serius.
Kebanyakan
wakil rakyat lebih mudah ditemui oleh pemberita atau pihak media. Dalam akhbar
nampak macam bagus-bagus. Ada juga suara-suara mengatakan kalangan orang
politik ketika ini bagaikan sekumpulan ketam dalam bakul, jadi sebab itulah
masa untuk rakyat "agak" kurang atau langsung tak ada!
Seorang
rakan memberitahu, kawannya pernah mengadu kepada wakil rakyat BN memohon
bantuan dibekalkan lebih kurang dua puluh kerusi palstik sebagai menambah
kerusi di gerai makannya. Tetapi, wakil rakyat berkenaan buat bena tak bena
sahaja.
Kecewa
dengan lagak wakil rakyat itu, kawannya itu mengadu kepada wakil rakyat pembangkang.
Alangkah terkejutnya, kerana tidak sampai dua jam sebuah lori menghantar kerusi
yang dimaksudkan malah melebihi daripada jumlah yang dipohonnya. Padahal,
kawannya itu membuat permohonan pun secara lisan sahaja.
Bagi
penulis benda ini kecil sahaja. Tapi, bagi rakyat di luar bandar
perkara-perkara kecil seperti inilah yang mencerminkan keprihatinan wakil
rakyat atau pihak berwajib. Apatah lagi ini adalah musimnya mencurahkan bakti.
Penulis
teringat kata-kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, baru-baru ini
semasa di perhimpunan Umno 2012 dimana beliau berkata dalam Barisan Nasional
(BN) kerajaan hanya memikir benda-benda besar sahaja.
Penulis
pernah ulas ayat tersebut dan menyifatkannya sebagai ayat sombong kerana biasanya
yang besar akan bermula daripada yang kecil. Bermakna, perkara-perkara kecil
juga perlu mendapat perhatian. Kalau dalam ibadat, ia ibarat perkara-perkara
sunat yang digalakkan kita melakukannya kerana ia boleh menampung mana-mana
kerja wajib yang tidak sempurna.
Jagindas: Kadang-kadang
kerja-kerja menangguk di air keruh ada ketikanya perlu juga dibuat. Yang
penting asalkan ia tidak menganiaya orang lain. Takkan itupun nak kena ajar
kut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.