Manusia Sanggup Gadaikan Agama, Bangsa
dan Negara
BEGITULAH, banyak
sudah orang bercakap termasuk pemimpin dan cendikiawan berkata bahawa sejarah
tetap sejarah dan ia tidak boleh diubah-ubah atau digubah seperti menggubah lagu
dan muzik. Umum juga sedar dan menerima hakikat bahawa sejarah juga akan
berulang dalam ertikata menerusi sudut, fenomena, stuasi serta latar belakang
yang berbeza.
Jika sejarah dahulu memaparkan
peperangan menggunakan pedang, keris dan lembing manakala sekarang senjata dan
pakaian bertukar kepada yang lebih moden. Malah, peperangan menerusi media
cyber serta IT juga terus menampakkan kehebatannya. Pokoknya, manusia itu akan
terus berperang, berdenki-dengki kemudian berdamai dan berperang kembali.
Barangkali, demikianlah sehingga kiamat.
Kisah-kisah bagaimana orang luar
yang menjadi kepercayaan istana Melaka, Raja Mandelia, mempengaruhi sultan ketika
itu sehingga menyebabkan istana bergolak dan rakyat Melaka menjadi huru hara
kelihatan kembali mewarnai kehidupan manusia hari ini.
Demikian juga kisah sogokan musuh
kepada pegawai-pegawai istana sehingga ada yang sanggup mendedahkan kelemahan
kerajaan Melaka bahkan turut sanggup membuka pintu Kota Melaka juga telah
kembali menjadi rencah dalam pemerintahan hari ini.
Ibarat musuh dalam selimut atau
gunting dalam lipatan dan duri dalam daging adalah antara peribahasa Melayu yang
menyelar rakyat yang sanggup menyusahkan rakyat serta negara hanya demi tuntutan
nafsu, kepentingan peribadi serta kroni.
Biarlah apapun terjadi pada negara,
bangsa dan agama asalkan stongkol hati yang hitam dalam badan mereka segar puas
melayan nafsu. Tidak ubah persis lelaki yang mabuk berahi menenggelamkan
dirinya bersama pelacur yang sudah sememangnya diketahui kotor yang tidak ada
cinta dalam jiwanya melainkan kemewahan yang dijanjikan sipembeli syurga dunia.
Sekali gus, mereka yang sedemikian
seolah-olah menafikan kewujudan neraka. Dan kitab khususnya quran dan hadis
bukan lagi rujukan hidup. Begitulah apabila manusia yang merasakan dirinya
bijak pandai tetapi gagal memanfaatkan akal-fikirannya menterjemah dan mengawal
kehendak nafsu sehingga membiarkan nafsunya itu ditadbir oleh syaitan dan
iblis.
Berdasarkan perihal seperti itu,
adakalanya dirasakan mereka berbuat demikian sewarnya dihukum mati sahaja
supaya dia tahu bahawa syurga dan neraka itu sebenar-benarnya wujud.
Terbaru, pendedahan yang dibuat oleh
presiden Pertubuhan
Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, yang mendakwa ramai pegawai
kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia
(Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara dan pada masa
sama menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira
RM100 juta sejak 1998 di sini
Jika isu ini dibincangkan mengapa
dan kenapa masih berlaku sikap-sikap manusia yang sedmikian terhadap negara,
bangsa dan agamanya sendiri, sampai kiamatpun tidak akan habis. Sama ada
dibahaskan menurut sudut agama, peradaban, budaya mahupun sejarah negara, ia
tidak akan menemukan titik perhentiannya. Ini kerana, keangkuhan diri menjadikan
sesiapa sahaja rela dan redho berbuat sesuatu yang diluar jangka tetapi perbuatan
itu tidak memberi manfaat kepada manusia sejagat bahkan bala semata.
Namun dapatlah disimpulkan bahawa apapun
natijahnya, kegagalan manusia itu menafikan bahawa syurga dunia ini tidak
seindah syurga sebenar seprtinyang djanjikan oleh Allah (swt), itulah yang
menjadi punca "insan" bersifat gelojoh dan hodoh.
Dan berita luar negara hari ini
memaparkan bunga-bunga peperangan dua lagi negara teluk iaitu Turki dengan
Syria mungkin menjadi kenyataan. Itulah akhirnya permainan syurga dunia!
Jagindas:
Saya teragak juga nak tanya Datuk Seri Hishamuddin, agak hairan juga kenapa
pendedahan seperti ini dibuat oleh orang awam bukan kerajaan sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.