Isnin, 1 Oktober 2012

JANGAN CAKAP SEMBARANGAN


Fatwa, Pandangan, Hukum Hakam
Beri Kesan Kepada Pembangunan Ummah

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
"Ulama adalah orang yang berpengaruh, pandangan mereka diambil kira sebagai 'divine conclusion' oleh masyarakat. Jadi, golongan ulama harus beri pandangan yang boleh meningkatkan mentaliti umat," - Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SEMUA pihak termasuk yang begelar tok guru, imam, ustaz hatta mufti sekalipun wajar mengambil nasihat ini sebagai panduan sebelum berkata-kata terutama yang membabitkan kepentingan ummah sejagat di sini.
            Mohd Asri memberikan ingatan itu kepada mereka yang bergelar ulamak serta ghairah menyebut pelbagai fatwa atau pandangan yang menjurus kepada hukum hakam dimana tindakan mereka itu boleh mendatangkan mudarat kepada masyarakat khususnya orang Islam.
            Saya percaya, beliau (Asri) berkata demikian berikutan semakin ramai golongan itu bercakap tentang agama namun pada masa sama apa yang mereka cakapkan tidak menepati intipati dalam al-quran, hadis dan sunnah.
            Malah, ada yang memperkatakan sesuatu pandangan dan hukum hakam menerusi mazhab lain yang tidak selari dengan mazhab rasmi Islam di negara ini iaitu Mazhab Shafie.
            "Ada sesetengah mereka yang belajar di Timur Tengah dan balik ke negara ini kemudian mengajarkan ilmu kepada orang awam tetapi tidak memecahkan semula pandangan atau ajaran itu mengikut mazhab di negara ini.
            "Sedangkan, sebarang amalan serta hukum yang terpakai untuk umat Islam di negara ini hendaklah mengikut Imam Shafie. Tindakan mencampur adukkan mazhab dan mengguna pakainya boleh mengelirukan umat Islam dan akhirnya boleh mengakibatkan perpecahan pendapat", kata seorang rakan yang mengulas isu tersebut.
            Menurut rakan itu lagi, yang menjadi parah lagi dalam soal itu adalah mereka yang hanya mengikut-ngikut punggung ulamak dan tok guru ke hulu ke hilir juga akhirnya bercakap macam ulamak juga.
           

Jagindas: Syurga dan neraka adalah janji Allah yang pasti!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.