Pengguna Terpaksa Bayar Lebih
KHABARNYA, kira-kira dua bulan lagi, Tenaga Nasional Berhad (TNB), tidak
lagi mengurus penerimaan bayaran bil-bil elektrik di kaunter pejabat urusannya
termasuk di dikaunter-kaunter pejabat pos.
Menurut sumber dalaman TNB,
pejabat TNB dan semua pejabat pos akan disediakan mesin bayaran di mana
pengguna akan menguruskan sendiri bayaran bil-bil elektrik mereka lebih kurang
sama dengan proses membuat transaksi di mesin-mesin teller yang terdapat di
bank-bank komersil sekarang.
Katanya, mesin tersebut
hanya menerima wang kertas RM5, RM10, RM50 dan RM100 sahaja, manakala wang
kertas RM1 dan RM20 serta wang syiling tidak diterima. Justeru, pengguna
dimestikan membundarkan bil mereka ke angka yang paling hampir dengan ringgit
tersebut dan jika ada lebihan wang bayaran ia akan dimasukkan ke bil bulan
berikutnya.
Mengambil contoh, jika bil
anda RM22.70 anda dikenakan membayar RM25 atau RM30. Begitulah juga jika bil
anda RM127.20 anda diminta memasukkan bayaran RM130 atau lebih dari itu dalam genapan
5, 10, 50 atau 100 Lebihannya akan dimasukkan ke akaun bulan berikut.
Bermakna, jika bil anda
RM22.50 dan anda memasukan ke mesin sekeping wang RM50.00 maka, baki sebanyak
RM27.50 tidak akan dikembalikan sebaliknya dimasukkan ke bil bulan berikutnya.
Bagaimana kalau anda memasukan wang kertas RM100.00 dan ketika itu anda hanya
ada sekeping itu sahaja? Jadi anda kenalah buat kerja sedikit iaitu menagih ke
kedai-kedai, rakan-rakan atau bank untuk membuat tukaran kecil. Itupun dalam
tukaran 5, 10, 50 saja.
Ini bermakna, setiap bulan
TNB berjaya memanipulasi wang lebihan yang dibayar pengguna dalam jumlah berjuta-juta
ringgit kerana bukanlah semudah itu mendapat jumlah bil yang tepat dengan
bundaran RM5, 10, 50 dan 100. Paling tidak kalau terbundar pun pasti ada sen di
belakangnya, misalnya RM30.20 sen di mana anda dimestikan membayar dahulu
sebanyak RM35 atau RM40 atau RM50...
Sumber tersebut berkata,
alasannya adalah kerana TNB tidak mahu lagi menguruskan wang runcit iaitu
RM1.00 dan syiling (sen) selain dari sistem sekarang didakwa menyesakkan
kaunter. Susah kerja dan remeh temeh katanya!
Dengan kata lain, demi
menyenangkan TNB, sisksanya dipindahkan kepada pengguna - rakyat jelata. Jika begitulah keadaannya nanti, tidaklah
hairan ramai yang berkata TNB adalah diantara syarikat kerjaan (GLC) yang disebut-sebut rakyat sebagai konglomerat
yang angkuh, sombong dan mengamal sikap kapitalis.
Seorang pengguna marhaen apabila
dimaklumkan hal itu berkata TNB memang tidak malu 'meminjam' wang rakyat hanya
semata-mata untuk memudahkan kerjanya. Bahkan, zalim katanya. Dakwanya,
sudahlah mulai tahun depan caj kepenggunaan elektrik dinaikan 17% lagi, pada
masa sama pula TNB berpeluang mengitar wang rakyat dalam cara yang halus,
lembut dan terpimpin.
Katanya, melalui cara itu sahaja TNB sudah mampu memperoleh untung
berganda-ganda.
Hairannya, walaupun TNB
dilaporkan mengalami banyak kerugian disebabkan kerosakan, kecuaian dan
kecurian kabel, namun pada masa sama juga TNB dengan gahnya mengumumkan tahun
ini sahaja lebih RM6 bilion.
Untung RM6 bilion bukanlah
satu angka yang kecil. Justeru, keuntungan apa lagi yang TNB mahukan?
Jagindas: Tunggu Telekom, Lembaga Air, Astro dan yang
seangkatannya pula ikut jejak langkah TNB..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.