HISHAMUDIN... NKRA bukan isunya lagi... |
Yang Penting Bajet 2013 Peruntukan KDN Bertambah
SAMBIL menyuap nasi lemak bersama
rakan-rakan di sebuah warung pagi tadi, seorang rakan membedek-bedek laptopnya
membuat carian berita menerusi my.news.yahoo dan dia terjumpa berita mengenai
kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk ishamuddin Tun Husin, di sini.
Saya
dan beberapa yang lain juga turut membacanya. Sebab, bab-bab jenayah menjadi
sensitif bagi kami berikutan ada sahaja aktiviti itu dilaporkan media setiap
hari.
Tiba-tiba
sahaja seorang dari kami bersuara tinggi: "Apa bendanya ni Hishamudin? Lantak lah apa benda istilah yang kerajaan
nak guna, NKRA ke, indeks itu ini ke atau apa saja, rakyat tidak peduli.
"Apa yang rakyat nak lihat
adalah sumber-sumber yang menjadi penyebab jenayah berlaku seperti aktiviti
judi haram, pendatang haram dan sebagainya semakin menurun dan terkawal", katanya. Sejurus itu juga saya teringat tulisan saya di blog ini di
sini , di
sini dan di
sini.
Kenyataan
Hishamuddin itu disifatkan bagai gatal
mulut saja nak buat statement seolah-olah,
kalau tak bercakap orang tidak tahu kerja menteri biarpun adakalanya statement serupa itu macam dialog lawak
sahaja.
Sebelum
ini, beliau menegaskan indeks jenayah semakin menurun berkat ketelusan serta
kerja kuat kementeriannya namun disangkal banyak pihak yang akhirnya membuatkan
beliau terkedu.
Tiba-tiba
pula, Hishamuddin, semalam keluarkan statement
seolah-olah mahu melarikan fokus rakyat terhadap isu berkenaan dalam
konteks yang lain.
Justeru,
sesiapapun saya fikir kalau tidak ada benda yang hendak di cakap, tak perlulah
bercakap atau bermain bahasa apalagi bermetfora. Bukan apa, dikhuatiri selain
daripada kata-kata kita itu akan menyakitkan hati, bimbang pula ia memakan
diri. Lagi hampir pilihanraya, lagi semua pihak kena BERHATI-HATI.
Jagindas: Sudah tubuh
kumpulan ronda malam mulai 1.00 pagi hingga 6.00 pagi sebab pemecah rumah
nampaknya ada jadual terperinci...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.