Rabu, 3 Oktober 2012

HAK ASASI MANUSIA

Mesti Berlandaskan Agama dan Budaya

HASMY AGAM

TIBA-TIBA sahaja Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menjerit meminta kerajaan mengiktiraf pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didakwanya pertubuhan itu juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada hak asasi manusia baca di sini.
            Menurut pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, pengiktirafan itu wajar kerana ia sejajar dengan jaminan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.
            Secara peribadi, saya juga ingin mengingatkan Suhakam supaya lebih rasional serta bersifat berkecuali dalam mengendalikan suruhanjaya itu supaya jangan sampai pula ia tersasar daripada lunas kemanusiaan dan bahawa fitrah kewujudan manusia itu juga dikandung oleh budaya dan agama.
            Bermakna, menerusi fitrah itu tidak bererti manusia boleh bebas sebebas-bebasnya mengatur hak-hak mereka sehingga menidakkan peradaban dan kedudukan manusia itu dalam masyarakat serta negarnya.
            Bukan sahaja menjadi tugas Suhakam malah semua pemimpin bertanggung jawab memanusiakan manusia berikutan manusialah yang bertanggungjawab mensejahterakan negara.
            Bercakap tentang Suaram, Suhakam tidak sewajarnya membuat saranan itu kepada kerajaan berikutan ketika ini pertubuhan itu sedang dalam proses siasatan dan pengadilan. Apakah sebenar niat Suhakam membuat kenyataan atau komen seperti itu yang diibaratkan seperti pembawa kenderaan memotong kenderaan lain di atas selekoh.
            Padahal, khalayak dan Suhakam sendiri maklum bahawa siasatan dan tuduhan ke atas Suaram dibuat berdasarkan integriti dan impak serta implikasinya terhadap keamanan negara, bukan atas sebab-sebab melindungi mana-mana parti politik atau kerajaan.
            Badan-badan NGO memang diberi kebebasan tetapi bukan menggunakan kebebasan itu untuk menghuru harakan sesebuah kerajaan apatah lagi dengan mendapat dorongan serta sokongan pihak luar di mana pihak berkenaan terbukti pula berniat jahat terhadap negara.
            Justeru, Suhakam juga dinasihatkan supaya memastikan perjuangan mereka terhadap hak-hak asasi manusia tidak menjurus kepada membentuk manusia yang tidak berakal budi.
            Sebagai renungan, dalam sesebuah keluarga, anak-anak diberi kebebasan bersuara dalam keluarga namun tidak bererti kebebasan itu sehingga mereka bersikap kurang ajar terhadap ibu bapa dan ahli keluarganya! Nah, di situlah letaknya batas budaya dan agama. Fikir-fikirkanlah...


Jagindas: siasat sekali Suhakam! hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.