Isnin, 1 Oktober 2012

BR1M 2.0 DAN BOUCAR BUKU


Dua Timbalan Menteri Kewangan
Berbeza Kenyataan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin, (gambar) kata semua orang bujang yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan termasuk pelajar universiti akan dapat BR1M RM250. Ini kerana, pelajar universiti tergolong dalam golongan tidak berpendapatan atau berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan di sini  
      "Lebih menggembirakan, pemberian tersebut bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang bekerja dengan pendapatan RM2,000 ke bawah, malah, pelajar universiti serta penganggur turut menikmati bantuan sebanyak RM250 itu"

             Namun, bagi Datuk Ir Donald Lim Siang Chai, (gambar)yang juga Timbalan Menteri Kewangan, penuntut di universiti tidak berhak mendapat BR1M 2.0 bernilai RM250 kerana mereka telah diberikan Boucar Buku dengan nilai yang sama di sini
            "Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali," katanya.
           Justeru, ramai kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) merasa keliru terhadap kedua-kedua kenyataan yang dibuat oleh dua Timbalah Menteri Kewangan  itu. Menurut mereka kenyatan Awang Adek tidak begitu jelas berbanding dengan Donald Lim.
            "Kalau ikutkan kata Awang Adek, pelajar di universiti akan dapat BR1M dan Boucar Buku. Ini kerana, kami percaya istilah Boucar Buku dan BR1M tidak sama.
            "Berlainan pula, jika di amati kenyataan Donald Lim, ia nampak lebih jelas apabila beliau mengatakan pelajar tidak boleh menerima kedua-dua pemberian sekali. Jadi, yang mana satu yang betul?", kata beberapa penuntut IPTA yang ditemui.
            Namun, oleh kerana Awang Adek dan Donald Lim telah mengeluarkan kenyataan yang berbeza di atas isu yang sama, maka kerajaan perlu perjelaskan kepada rakyat yang mana satu digunapakai sebab kedua-dua  yang membuat kenyataan itu adalah Timbalan Menteri Kewangan.
            "Harus diingat, kakitangan awam yang berpendapatan (isi rumah) kurang RM3,000 sebulan berhak dapat BR1M 2.0 disamping menerima bonus 1.5 bulan gaji. Ini tidak salah sebab BR1M dan bonus adalah dua istilah yang tidak sama. Demikian juga, Boucer Buku dan BR1M kedua-duanya berbeza makna", kata mereka.


Jagindas: Alang-alang terlancut cakap, bagi sajalah....

pssst: Berita jam 8.00 mlam tadi (TV3) isu tersebut sudah terjawab. Hahahaha... betullah kata Donald Lim. Donald Lim faham bahasa. Terima kasih  di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.