Ahad, 26 Mei 2013

BOIKOT MEMBOIKOT

Apakah Pilihan Yang Ada...

SIKAP SOMBONG pegawai-pegawai kanan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia mendorong banyak pihak yang marah sehingga mendorong mereka membuat protes supaya rakyat Malaysia memboikot syarikay penerbangan tambang murah yang tekenal itu.
            Penulis juga tidak terkecuali daripada meluat terhadap ragam syarikat penerbangan itu. Beberapa rakan yang ditemui memberikan pandangan yang berbeza. Bahkan, pernah juga mengalami peristiwa pahit ketika menggunakan perkhidmatan syarikat penerbanan itu. Ada yang bersetuju dan ada pula yang tidak bersetuju terhadap langkah memboikot tersebut.
            Penulis fikir tidak perlulah kita mengkaji terhadap mereka yang bersetuju itu tetapi elok kita ambil perhatian mengapa ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan memboikot itu.
            Menurut mereka, jika mahu memboikot sesuatu perkara, pihak yang bertanggungjawab sewajarnya menyediakan satu pilihan lain yang setara atau lebih baik daripada pihak yang hendak diboikot.
            "Setakat mengajak orang ramai memboikot memanglah mudah tetapi apakah pilihan yang ada yang setanding atau lebih baik daripada sesuatu yang hendak di boikot itu.
            "Misalnya, kalau hendak boikot AirAsia, yang kita ada cuma MAS. Nak tanya, apakah MAS mempunyai perkhidmatan tambang murah yang sama nilai atau lebih murah daripada yang ditwarkan oleh AirAsia? Dan, kalau semua penggunakan menggunakan perkhidmatan MAS, apakah syarikat penerbangan itu (MAS) mampu menguruskannya?" katanya.
            Sehubungan itu katanya, MAS atau syarikat penerbangan lain seharusnya mengambil peluang daripada usaha khalayak yang mahu memboikot AirAsia dengan memberikan tawaran-tawaran menarik sebagai langkah menyediakan pilihan untuk pemboikot.
            Justeru, menurutnya orang ramai boleh memboikot apa sahaja barangan keperluan atau perkhidmatan harian tetapi hendaklah terlebih dahulu menyediakan atau sekurang-kurangnya bersedia menyediakan pilihan lain sebagai gantinya. Dan, pilihan itu pula hendaklah setara kalau tidakpun lebih baik daripada yang diboikot.


Jagindas: Ganyang bukan boikot!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.