Ahad, 7 Oktober 2012

SUSU DAN MAKANAN BAYI MAHAL


Kerajaan Akui Tidak Kawal Harga

ISMAIL.... Kerajaan tak kawal
KERAJAAN diminta supaya mencari satu langkah khas bagi mengurangkan harga susu formula  dan makanan bayi berikutan harga barangan berkenaan dilihat tidak dikawal sehingga menyebabkan ia begitu mahal di pasaran di sini.
            Berikutan itu, ia merunsingkan ibu bapa khususnya penduduk di luar bandar dan mereka yang berpendapatan sederhana di bandar.
            Tindakan kerajaan tidak mengambil langkah-lamgkah mengawal harga barangan berkenaan juga turut tidak menggalakkan pasangan yang berkahwin di negara ini untuk memiliki banyak anak berikutan kebimbangan mereka untuk menanggong kos susu dan makanan bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh dua dan tiga tahun pertama.
            Penulis pernah melemparkan isu ini secara ringkas di blog ini di sini. Sebaik sahaja selesai mengikuti pembentangan bajet 2013, penulis melihat kerajaan seolah-olah terlupa memasukkan isu susu dan makanan bayi ke dalam bajet 2013 nya.
            Mungkin juga kerajaan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak memerlukan makanan berkahsiat untuk tempoh tumbesaran pertama mereka. Barangkali kerajaan terlupa bahawa suatu masa dulu pemimpin mahukan rakyat di negara ini vberkahwin dan berkeluarga besar supaya dalam tempoh terdekat negara boleh mencapai kepada 70 juta penduduk.
            Namun, berikutan kos susu dan makanan bayi yang mahal, rata-rata pasangan berkahwin di Malaysia menghadkan antara dua dan tiga anak sahaja untuk satu-satu keluarga. Keadaan bertambah berat kepada pasangan yang kedua-duanya berkerja kerana kos upah pengasuh juga membebankan.
            Justeru, pada pendapat penulis daripada kerajaan membuang duit berbilion-bilion kepada rakyat hanya kerana mahu memberitahu bahawa ekonomi negara bagus, adalah lebih baik ditambahkan lagi subsidi barangan seumpama itu  kerana bagi saya ia lebih bermanfaat untuk kesan jangka panjang.
            Apapun, terima kasih atas segala pemberian.

Jagindas: Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  kerajaan tidak mengawal harga susu formula bayi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.