Jumaat, 28 September 2012

BAJET 2013 - KOMEN JAGINDAS


Barangkali Ada Yang Terlupa
(rugi kalau tak baca sampai habis..)

GAMBAR HIASAN..

PEMBENTANGAN BAJET 2013 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, petang tadi. Satu bajet yang mantap dan bersesuaian menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13).           Apapun alasannya, bajet yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" itu adalah jelas sebagai satu inspirasi untuk PRU13. Kalau tak menang juga tak tahulah...
            Pun begitu, ia bukan bermaksud "gula-gula" memancing undi sebaliknya sebagai isyarat memberitahu rakyat bahawa kerajaan sedia ada memang terbukti teguh serta berkemampuan memenuhi aspirasi rakyat negara ini berbanding pihak lawan yang hanya terkial-kial mencanang "angin syurga" tetapi belum teruji kemampuannya.
            Namun, beberapa perkara yang saya harapkan dalam bajet berkenaan tidak disebut. Tapi saya faham, siapalah saya untuk mempersoalkannya. Sebenarnya, saya mengharapkan bajet tersebut memasukkan: 
            * subsidi susu bayi daripada sedia ada sekarang dengan tambahan 30% lagi. Ini kerana harga susu tepung sekarang begitu mahal dan ia tidak mendorong rakyat untuk melahirkan banyak anak. Secara tidak langsung, hasrat negara untuk mencapai jumlah rakyat kepada 70 juta barangkali sukar dicapai mengikut target.
            * Begitu juga menerusi peruntukan sektor pertanian, tidak disebut secara jelas tentang usaha-usaha menggalakkan industri tani bagi petani marhaen yang memiliki tanah kurang dari dua hektar. Antaranya, saya mengharapkan kerajaan akan mewujudkan skim subsidi khas untuk benih (meliputi pertanian dan ternakan), baja serta peralatan asas berikutan kos runcit bahan itu semakin mahal dipasaran dan ia kenalpasti sebagai penyebab penduduk kampung gagal menjadikan tanah sekangkang kera mereka sebagai sumber sampingan pendapatan keluarga selain membantu kerajaan menambahkan sumber makanan negara. Pernah saya sentuh isu ini tiga bulan lalu di blog ini di sini. Datuk Noh tak jumpa blogg ini, alahai blog marhaen!
            Barangkali ianya tidak tersebut secara detail  atau terselit dimana-mana bahagian dalam bajet terebut.
            * Bagi menggalakkan industeri pelancongan dalam negeri termasuk Sabah dan Sarawak, saya juga mengharapkan harga tiket konsesi khas bagi keretapi biasa dan elektrik (Train biasa dan ETS) dan kapal terbang domestik kepada warga tua (bukan warga emas) diturunkan kepada usia 55 tahun dan semua pesara kerajaan yang memiliki kad persaraan meskipun bersara awal.
            *Dan akhirnya harapan bajet yang ini juga tidak disebut. Jangan ketawa pulak! Saya berharap PM mengumumkan harga kondom dipasaran diturunkan kepada 50% atau di subsidikan 50% (bukan apa, yang dipasaran tu lebih baik daripada yang free- biasa la tu..). Janganlah gelak. Langkah ini penting bagi membantu meringankan kos merancang keluarga, sex sihat dan selamat.

Jagindas: sedikit terkilan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.