Sabtu, 15 Disember 2012

10K DARIPADA 274K PESALAH BAYAR SAMAN


JPJ Dijangka Kutip Lebih RM82j

SETAKAT ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipercayai berjaya mengutip lebih RM3 juta saman yang dibayar oleh 10,000 pesalah jalanraya berkaitan saman AES. Namun jumlah sbenar yang sepatutnya dipungut oleh jabatan itu adalah lebih RM82 juta berikutan saman yang dikeluarkan setakat ini adalah melebihi 274,000 semuanya.
Sumber berita di sini
            Sehubungan itu, penulis menyeru pengguna jalanraya supaya terus mengurangkan jumlah kutipan ini dengan bersama-sama mematuhi peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
            Ramai yang memprotes pemasangan kamera AES atas pelbagai alasan dan sebab antaranya mendakwa berlaku kesesakan jalanraya berikutan kenderaan bergerak perlahan meskipun dalam keadaan cuaca dan suasana di atas jalanraya yang tidak sibuk. Sekali gus pengguna mendakwa matlamat mengurangkan risiko kemalangan jalanraya bertukar kepada "menyiksa" pengguna khususnya pemandu kenderaan.
            "Baru-baru ini saya kena bayar dua saman  yang dikenakan pada hari yang sama. Satu saman kamera polis dan satu lagi saman kamera AES, "
            "Ia adalah pengalaman yang menyakitkan dan saya insaf untuk memandu laju lagi. Namun, siksa kedua adalah pemanduan yang menjemukan apabila terpaksa memandu di bawah 120km/j untuk perjalanan dari Johor baharu ke Kuala Lumpur,"  kata seorang pemandu di Johor.
            Apapun, bagi penulis rakyat khususnya pemandu tidak perlu lagi menyatakan bantahan seperti itu setelah pelbagai usaha dibuat sebelum ini gagal mempengaruhi keputusan kerajaan. Sebaliknya, rakyat sewajarnya menerima seadanya keputusan tersebut sehingga ia telah benar-benar terbukti menyusahkan rakyat dan pengguna.
            Lazimnya, sebagai sebuah kerajaan yang berhati perutkan rakyat, kerajaan akan mengkaji semula atau mengambilkan langkah-langkah perlu apabila sesuatu program, peraturan atau projek itu telah didapati jelas menyusahkan rakyat. Ini amat jelas dipraktiskan oleh kerajaan di bawah prinsip kepimpinan Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan Matlamat di Utamakan.


Jagindas: Cadangkan supaya had laju di jalan negeri 100km/j dan di lebuhraya 130km/j manakala tiada had laju bawah 90km/j kecuali dalam pekan atau bandar. Pihak berkenaan juga kena ambilkira kecemerlangan prestasi kenderaan-kenderaan hari ini termasuk kereta buatan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.