Ahad, 16 Disember 2012

UMNO, BN TIDAK AKAN DIMALUKAN

ANWAR BRAHIM

Jika PR Dikabulkan Tawan Putrajaya

Di samping mengekalkan dan menambaik kemudahan sedia ada kepada rakyat, Anwar Ibrahim yang bercakap atas tiket Parti Pakatan Rakyat (PR) turut menjajikan akan mengurangkan pelbagai keperitan yang ditanggung rakyat sekarang seperti menurunkan harga minyak, sekiranya parti itu berjaya menawan Putrajaya menerusi Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13) nanti. Katanya di sini
             Kata Ketua Pembabngkang itu, beliau akan melaksanakan janji tersebut sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Malah, beliau berkata kerajaan di bawah pimpinannya juga nanti akan melayan orang-orang Umno dan kerabat-kerabat sekutunya dengan baik.
            "Pakatan Rakyat tidak pernah sama sekali untuk mengaibkan Umno dan Barisan Nasional (BN) jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara nanti", katanya.
            Sumpah keramat itu dilafazkan Anwar ketika berucap di satu perhimpunan di Terengganu semalam.
             Apabila penulis membaca sumpah keramat PR ini, teringat masa kecil dulu bagaimana orang-orang tua memujuk anak-anak nakal (termasuklah penulis sendiri) supaya tidak melakukan sesuatu yang merbahaya atau merunsingkan mereka dengan menjanjikan sesuatu yang serasi dengan naluri kanak-kanak berkenaan. Misalnya: "jangan nangis nanti ayah belikan mainan ye..". Anak itu pun diam, kemudian dilalikan dengan pelbagai aktiviti lain yang akhirnya anak itupun lupa kepada janji ayahnya atau atau ragamnya tadi telah menjadi sejuk.
            Satu lagi perbandingan,  adalah janji "kaki nombor ekor".  Kumpulan kaki judi ini selalunya akan berjanji bagai nak rak setelah membeli nombor yang dirasakannya akan memberi tuah pada hari itu. Misalnya: "kalau kena nanti aku bawak kamu semua ke Siam, tak dak hal punya!". Apa yang berlaku sebenarnya selepas itu?
            Kalau betul-betul nombor tersebut menang, dia akan mendiamkan diri atau memberi alasan malang sekali pada hari itu dia terlupa nak beli nombor itu. Tapi yang paling seronok kalau nombor yang naik itu 'mis' semata atau terbalik susun. Apa katanya?
            "Huh, memang naya! Kalau tidak kamu semua kenyang malam ini. Alangkan aku susah kamu semua senang, inikan pula kalau aku senang". Itulah janji yang sering dilafazkan oleh orang yang tidak mendapat habuan yang dihajati. Dalam kes ini boleh dikata jani munafiklah..
            Demikian juga dengan janji Anwar ini. Bagi penulis ia tidak ubah seperti kedua-dua situasi yang disebutkan di atas tadi. Anwar sekarang macam orang main poker. Sebelum ini dia selalu main 'no see' tapi sekarang dia main 'see'. Berapa pun kaki lain "up" dia akan "follow" malah dia up lebih dari itu. Ada berani?
            BN pasti berani sebab selain dari memiliki banyak modal BN juga jujur dalam permainannya. Berapapun PR up, BN akan follow dan up, up, up lagi. PAS dan DAP main tepi. Mereka main tumpang-tumpang.



Jagindas: Chongker juga yang untung. Siapapun menang atau kalah dia tetap terima habuan!   Mari hiburkan hati....klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.