MUSA HASAN |
Nikmatilah Persaraan Dengan Tenang
APAHAL pula dengan mantan Ketua Polis Negara ini, Tan Sri
Musa Hasan? kisah terbarunya klik di sini.
Begini
sajalah Tan Sri.., kata kenalan-kenalan penulis, biasanya apabila seseorang itu
bersara kebanyakan masyarakat tidak lagi memandang mereka sebelah matapun. Katanya,
inilah kebanyakan yang berlaku. Tidak kira sama ada bekas penjawat awam tersebut
berpangkat tinggi mahupun tidak berpangkat semasa perkhidmatannya.Tidak tahulah
pula kenapa jadi begitu.
Menurut
kenalan itu lagi, melainkan jika selepas bersara pesara berkenaan memegang
sesuatu jawatan utama di dalam syarikat-syarikat besar atau GLC, macam Tan Sri Hanif Omar sekarang dan
beberapa yang lain. Pendek kata jika ada 'kedudukan' baru.
Katakanlah
andaian ini benar atau separuh benar, justeru buat apa cari penyakit, Tan Sri.
Adalah lebih baik mengawal penyakit yang sedia ada agar ia tidak berkembang memudaratkan
badan. Untung-untung kalau diizinkan Allah, sempatlah hidup selesa untuk tempoh
20 atau 30 tahun lagi.
Bagi
penulis, mana-mana bekas pegawai kanan atau tertinggi dalam kerajaan apabila
bersara kalau hendak bersuara sekalipun tidak perlulah menggunakan sebarang
platform. Yang penulis lihat, itulah kesilapan pertama Tan Sri Musa apabila
menggunakan platform MyWatch sebagai
wadah untuk melepaskan kesumatnya.
Bercakap
sahajalah di kediaman sendiri, di halaman rumah sendiri. Bukan susah sangat,
panggil wartawan dan luahkanlah apa yang terbuku di hati selama ini. Platformnya
adalah rumah sendiri. Jadi, tidak ada siapapun boleh kata kita berada dipihak
mana. tetapi jangan pula sampai bercakap seorang-seorang, itu gila namanya!
Bukan apa
Tan Sri, kita ini semakin tua dan sepatutnya menyusuri hari-hari tua itu kita
juga sepatutnya semakin dihormati. Bukannya menerima caci dan benci. Apatah
lagi keluar masuk mahkamah hanya untuk memuaskan hati sesuatu pihak. Dan, pihak
yang berkenaan pula entah betul benar-benar 'mencintai' kita atau tidak belum
tahu lagi!
Apapun,
dalam keadaan status Tan Sri sekarang, sebelum memutuskan untuk berbuat sesuatu
pendedahan atau teguran, penulis fikir eloklah ditimbang-timbang sejauh mana
lontaran kita boleh pergi. Ibarat melancar roket, akan sampai ke bulankah atau
tidak. Saintis tentulah ada perkiraannya tersendiri. Kitapun kena macam itu
jugalah nampaknya, Tan Sri.
Maaflah,
bukan penulis hendak mengajar itik berenang. Namun, hakikatnya di hujung-hujung
dunia akhir zaman ini, manusia lebih cenderung memuliakan pengamal nilai-nilai mungkar
manakala kejujuran bukan lagi sifat terpuji.
Demikian pelbagai cara Allah jadikan
semata-mata untuk menguji kekuatan iman umatnya. Dan, bagi mereka yang kental
imannya, tentulah yang putih tetap putih manakala hitam pastilah hitam. Bagi
mereka yang sedemikian itu, biar apapun terjadi hatta maut digalang ganti,
mereka tetap berpegang kepada peradaban hidup yang sebenar sebagaimana yang
diperintahkan oleh Allah swt dan pesuruhnya Muhammad saw.
Apapun,
penulis ucapkan syabas dan terima kasih atas keikhlasan niat Tan Sri yang mana
sekarang ianya dilihat telah menjadi polemik dan sensasi oleh pelbagai pihak
juga media-media. Sementara itu, pada masa sama tidak kurang juga ada pihak
yang menangguk di air keruh.
Apa pula
pandangan rakan pembaca di luar sana?
Jagindas: Dari kecik sampai ke tua takutkan polis..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.