Sabtu, 29 Disember 2012

ANTARA KANDUNGAN TELEGRAM DAN REALITI


Ada Yang Terlindung Bertujuan Membendung..

DULU-DULU, tiga empat dekad yang lalu, ketika negara ini baru nak nak terang bercahaya, salah satu media perantara yang penting ketika itu adalah telegram yang biasanya diurus oleh pejabat pos. Bagi kawasan pendalaman, radio telegraf di pondok polis juga berperanan sama.
            Biasanya, apabila ada kematian, pihak keluarga akan menggunakan khidmat media perantara itu bagi menyampaikan berita tersebut kepada waris-waris yang jauh. Tetapi, biasanya kalau sudah mati sekalipun, ayat yang ditulis dalam telegram itu berbunyi: BALIK SEGERA IBU SAKIT TENAT.
            Ayat 'tipu' seperti itu terpaksa dibuat dengan niat agar pihak yang menerima berita beroleh ketenangan dan akan pulang dalam keadaan yang tenang. Ada yang sempat balik sebelum jenazah dikebumikan, ramai juga yang tidak sempat menatap wajah kesayangan buat kali terakhir.
           
MEMBACA akhbar setiap pagi, semakin meresahkan fikiran. Malah, sebelum akhbar dibeli atau sebelum berita tv bermula, dalam sangkaan sudah menetapkan beberapa peristiwa mengerikan pasti ada.
              Rompakan, samun, rempit, pembunuhan, kemalangan jalan raya, rogol, dadah, orang hilang, zina, khalwat, bermukah, nikah cerai, kesengsaraan hidup, rasuah dan macam-macam kes lagi yang dikategorikan dalam fail jenayah pasti mengisi ruang akhbar-akbar dan media-media tempatan. Itu adalah antara kes yang sempat dilapor dan dipaparkan oleh media. Barangkali, masih banyak yang tidak diketahui oleh khalayak.
            Pihak berwajib semakin kerap pula menyatakan bahawa indeks kadar jenayah di negara ini semakin menurun malah terkawal. Apakah kayu ukurnya yang membolehkan mereka berkata demikian, hanya mereka sahajalah yang tahu. Begitupun, oleh kerana yang berkata itu adalah daripada sumber yang layak dipercayai, maka khalayak mempercayainya dan tidak perlu berada dalam keadaan gusar.
            Dengan kata lain, keadaan negara pada leselurhannya masih aman dan terkawal. Rakyat masih bebas bergerak ke sana ke mari serta menjalankan aktiviti masing-masing (yang halal di sisi undang-uandang) tanpa perlu rasa takut dan khuatir.
            Aktivis yang begitu aktif dalam soal-soal membanteras jenyah, Tan Sri Lee Lam Thye, juga turut mengungkapkan kata-kata yang sama sekali gus mengakui kesahihan penjelasan tersebut namun masih tidak putus-putus mengajak rakyat sama-sama membantu anggota keselamatan bagi memastikan kelestarian keamanan negara ini tetap utuh.
            Apabila penulis mengajukan persoalan ini kepada beberapa rakan, mereka juga turut merasa was-was kepada jaminan dan perakuan yang diberikan oleh pihak berkuasa terhadap angka indeks jenayah dan tahap keselamatan negara ketika ini dan masa mendatang.  Sehingga ada rakan yang bersuara: Apakah Lee Thye ditipu, menipu atau disuruh menipu sebagai 'wayang'  untuk meyakinkan rakyat terhadap keselamatan negara, macam cerita telegram dipermulaan cerita ini.
            Hendak melarang media melaporkan peristiwa-peristiwa seperti itu memanglah tidak wajar. Bukan sekadar menyanggah dasar kebebasan media itu sendiri malah, itu itulah cerita yang rakyat perlu tahu dan wajar diberitahu.
            Yang sudah ramai penulis dengar adalah rungutan dan keluhan kalangan ibu bapa terhadap kebimbangan mereka untuk melepaskan anak-anak berkerja di luar kawasan yang jauh, terutama anak gadis. Banyak benda yang membayang-bayang menghantui fikiran dan sanubari berikutan pelbagai peristiwa jenayah yang terdedah di media-media sekarang. Maka benarlah, jenayah juga secara tidak langsung dan tidak langsung turut menggugat kestabilan ekonomi. Paling tidak ekonomi sesebuah keluarga.
            Justeru, rakyat tidak ada pilihan melainkan wajar menyambut seruan pihak berkuasa dan juga aktivis Lee Lam Thye supaya turut bangun bersama-sama anggota keselamatan sama ada secara bebas atau menerusi NGO dan badan-badan sukarela lain seperti Ikatan Relawan Malaysia (Rela) dalam usaha membanteras jenayah setempat mahun pun dalam negara amnya.
            Pun begitu, pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, baru-baru ini seperti yang penulis tulis di entri sebelum ini  (klik di sini), sekali lagi membingungkan fikiran khalayak! "Kalau ikan sudah busuk di kepalanya, tidakkah keseluruhan dagingnya hingga ke ekor juga busuk?"


Jagindas: Ramai yang tidak faham istilah "jual negara"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.