Menilai Semula Kejujuran, Keikhlasan Sebuah Pernikahan
|
GAMBAR HIASAN: IHSAN UTUSAN MALAYSIA:
29Dis,12/S2/Famili/p.24
|
RENCANA:
CERITA-CERITA tentang keindahan majlis
perkahwinan dan pernikahan terutama yang melibatkan golongan selebriti dan
orang-orang kenamaan kerap menjadi permainan media. Ada yang berbelanja
mencecah jutaan ringgit bagi menjayakan majlis berkenaan, malah ada juga
sekadar kenduri doa selamat. Demikian juga, ada yang menunaikan mas kahwin
sehingga ratusan ribu ringgit malah ada yang hanya dengan senaskah al-quran dan
cicncin belah rotan. Pokoknya adalah kemampuan dan keikhlasan. Tiada yang
mengatasi selain itu.
Pada
masa sama media juga tidak lepas memaparkan pelbagai kes keruntuhan rumah
tangga, apalagi kes mereka yang diheret ke mahkamah. Habis semua terbongkar.
Yang baik mahupun sebaliknya. Bahkan, harta dan simpanan pun dapat diketahui
umum. Itu belum lagi cerita bercerai dengan kaedah tebus talaq dan tuntutan
nafkah sehingga membabitkan jutaan ringgit. Bagi janda yang malang, tuntutan
sekadar beberapa ratus ringgit pun tidak mampu ditunaikan oleh bekas suami.
Yang
sudah ada anak-anak, macam-macam pula kisahnya. Ada yang sepakat dan ada yang
flip-flop. Demkian itulah Allah berfirman dengan maksudnya meskipun perceraian
itu adalah halal di sisi-Nya namun Allah amat tidak menyukainya.
Suami
pukul, tendang, tampar dan tinggalkan anak isteri atau sebaliknya, hari ini
sudah semacam perkara lumrah. Begitulah nampaknya masyarakat Islam hari ini "memperlakukan" betapa
mudahnya untuk bernikah kahwin dan bercerai berai.
Kerajaan
meluluskan agar jabatan agama mengadakan program (berbayar) kursus perkahwinan
(pra-perkahwinan) kepada semua muda mudi Islam bertujuan menanamkan ilmu dan
dasar berumah tangga dalam mengertikan makna "hidup bersama". Namun,
tidaklah dapat dipastikan apakah kesan daripada program berkenaan mampu menagangani
isu perceraian dan keberantakan rumah tangga atau sekadar memenuhi ruang
kerjaya pihak terbabit atau penganjur kursus.
Tedapat
sabda Nabi (saw) yang lebih kurang menyebut sesuatu perbuatan itu akan dinilai
berdasarkan niatnya. Jelasnya, apa-apa yang hendak dibuat wajar didahulukan
dengan niat yang luhur, tulus serta ikhlas. Perkahwinan misalnya, hendaklah
atas dasar (niat) memenuhi sunnah Nabi (saw) bersandarkan kemampuan seadanya.
Ini sudah jelas malah boleh dikatakan yang hendak berkahwin memang tahu hal
ini.
Memang,
Nabi juga ada menyebut bagi pasangan yang hendak berkahwin hendaklah memilih
pasangan mereka itu yang memiliki beberapa faktor atau sifat antaranya:
keimanannya, rupa parasnya (cantik), hartanya (berharta/berkemampuan),
keturunannya (yang baik-baik dan tiada berpenyakit bahaya seperti gila, kusta
dsb.nya).
Tetapi,
yang Nabi sebutkan itu bukan hukum ia adalah panduan yang terbaik. Namun,
segala-galanya harus tertolak daripada kehendak atau penilaian nafsu. Bagi
penulis, saranan Nabi itu harus dilihat dari sudut lain iaitu lebih kepada
motivasi kepada kedua-dua pihak iaitu lelaki dan perempuan.
Kalau
semua memandang saranan Nabi itu berdasarkan selapis ayat, penulis berpendapat
akan tidak berkembanglah umat Muhammad ke hari ini. Padahal, dalam ayat yang
lain, Nabi (saw) juga bersabda yang baginda amat suka kepada pasangan suami
isteri yang ramai anaknya kerana mereka telah menjalankan amanah meramaikan
umat Muhammad di dunia ini langsung ke Mahsyar. Tetapi, maksud baginda itu
adalah umat yang BERKUALITI, bukan sekadar ramai sahaja!
Makna
kata, Nabi (saw) sebenarnya meminta supaya setiap muslimin dan muslimat menjaga
agamanya, menjaga kesihatan tubuh, sentiasa berkerja dan berusaha keras bagi
mencari kekayaan di dunia (tidak semata-mata mementingkah akhirat sehingga
melupakan hal ehwal dunia) serta berusaha menjauhi daripada penyebab
mengembangkan keturunan yang tidak baik. Kerana, zuriat yang terhasil berkait
rapat dengan kandungan benih kedua-dua pihak. Faktor ini juga disokong oleh
ahli sains biologi.
Justeru,
kesejahteraan rumah tangga itu amat bergantung kuat kepada niat asal pasangan
terbabit. Kedua-duanya harus jujur dan ikhlas saling terima dan menerima tanpa
diselindung oleh sebab-sebab lain. Niat-niat lain yang bersifat "tumpang
sekaki" seperti mahu 'mengerjakan
hartanya' dan keasyikan syahdu wajah atau ketampanannya
adalah bersifat sementara. Setelah pudar, bermacam kerenahlah akan berlaku.
Dan, akhirnya...
Sedangkan
masa berkasih sayang, sering sahaja diungkap: rela sehidup semati, hendak mati di hujung kuku hendak berkubur
di tapak tangan, laksana sumpah 'Laila dan Khais'. Fahamkah pasangan terhadap ungkapan-ungkapan cinta
seperti itu? Atau sekadar menghiasi kad ucapan, lembaran surat atau paparan SMS
dan email?
Justeru,
kepada pasangan yang baru sahaja berumah tangga begitu juga yang sudah lama
berumah tangga, sayang-sayangilah mahligai yang dibina. apatah lagi setelah
dikurniakan anak (anak-anak). Mohonlah
restu daripada Ilahi setiap hari agar rumah tangga kita terpelihara dari segala
mara bahaya, mala petaka dan bencana bahkan limpahkanlah rezeki serta anak-anak
yang membahagiakan rumah tangga kita selama-lamanya. Jika kamu menceraikan
kami, ceraikanlah kerana disebabkan kematian salah seorang daripada kami...
Namun,
bagi lelaki (suami) yang bertuah, isteri tua rela menanti "Payung
Emas" di syurga nanti....Allahhuakbar!
Jagindas: Sedangkan
lidah lagi tergigit, seadanya pula lautan mana yang tidak bergelora kalau
tidakpun kuat sedikit pasti ada.. (halua telinga klik di sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.