Ahad, 23 Disember 2012

ANWAR IBRAHIM BUKAN HADI!

ANWAR

Pendirian DAP Menghantui Rakan Dan Lawan?

MENGAPA  Pengerusi DAP, YB Karpal Singh beria-ia benar mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdama Menteri (PM), kalau Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan Putrajaya nanti?
            Polemik terhadap isu ini semakin menarik minat orang politik membicarakannya. Ramai yang pelik dan meragui pendirian Karpal itu berikutan beliau sendiri secara tegas pernah mengakui bahawa Anwar adalah seorang peliwat malah dia juga mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap salahlaku Anwar itu. Malah Karpal pernah menyeru supaya Anwar bertaubat. "Anwar perlu bertaubat", kata Karpal.
                Bagi penulis, Karpal mempunyai dua sebab utama mengapa Anwar diperlukannya menjadi PM. Pertama, barangkali Karpal mahu mematikan kariar politik Anwar dengan cara amat memalukan apabila dia akan menggunakan segala bukti tersebut setelah Anwar ditabalkan sebagai PM. 
            Sekali gus, barangkali juga selepas itu Karpal menerusi teori politiknya, dengan insiden tersebut DAP akan menggunakan kesempatan itu untuk mengambil alih pentadbiran PR lantas menuntut jawatan PM dari kalangan bukan Melayu.
            Meski PAS adalah pelapis keduanya (Melayu), namun DAP tentu sama sekali akan mempertahankan supaya ia tidak akan berlaku kerana DAP sememangnya mengkhuatiri PAS akan "mengIslamkan" Malaysia.
            Sebab kedua, bagi penulis kemungkinan DAP akan  menggunakan senjata tersebut bagi menjadikan Anwar sebagai seorang PM yang benar-benar sebagai kerbau dicucuk hidung atau boneka semata.
            Anwar yang terjerat dengan ugutan DAP menerusi isu itu tetapi mahu terus dikenali dunia sebagai PM tentunya akan menurut apa sahaja yang diarahkan oleh DAP yang antara agenda besarnya adalah menghapuskan hak-hak keistimewaan orang melayu sedia ada.
            Kalau zaman Tun Mahathir, negara pernah kelam kabut seketika terhadap isu mengurangkan kekebalan raja-raja, namun kali ini mungkin isntitusi tersebut akan dimusnahkan sama sekali! Mungkin. Tidak mustahil.
            Perkara sebegitu tidak mustahil akan berlaku atau dilakukan oleh DAP kerana mereka tahu Anwar yang tidak bersih dari segala segi serta penuh bermasalah menjadikan tugas mereka begitu mudah untuk menjadikan melayu sebagai ethnik di negara sendiri.
            Geram dan sakit hati DAP untuk menguasai negara ini sekali gus menghapuskan apa saja yang menjadi kebanggaan orang melayu dan agama Islam memang sudah lama meluap-luap. Ibarat gunung merapi, menunggu ketikanya untuk meledakan lahar. Ibarat bisul, menunggu ketikanya untuk pecah dan menghamburkan nanah.
            Sebab itu, karpal tidak pernah menyahut sebarang cabaran yang berkaitan dengan ucapannya di parlimen yang secara tegas mempercayai bahawa Anwar adalah seorang peliwat. Kerana dia amat maklum, bahawa beliau memiliki sesuatu yang amat berharga untuk masa depan politik DAP yang juga akan dijadikannya sebagai bom jangka yang akan diledakkan kepada orang-orang melayu seluruhnya di negara ini.
            Mungkinkah?

Jagindas: Halus dan licik  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda.