TUN HISAN |
Ada Pihak Berwajib Buat Tak Tahu Saja...
POLIS SELANGOR semalam melahirkan rasa
keciawa apabila gagal mendapatkan kerjasama daripada beberapa agensi terbabit
dalam tindakannya menutup peremis yang menjalankan kegiatan judi haram termasuk
mesin judi berkomputer. berita di sini
Penulis
angkat topi kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah serta
anggotanya kerana kesungguhan beliau memerangi jenayah judi haram yang didakwa
tumbuh bagai cendawan di negeri bawah pentadbiran Pakatan Rakyat itu.
Aktiviti
judi haram terutama mesin judi haram kini dilihat menjadi bisnis popular di seluruh
negara. Meskipun, pihak berwajib kerap membuat serbuan dan tangkapan, namun
tindakan itu nampaknya tidak menghalang pengusaha haram terbabit meneruskan
bisnis mereka. Ada peremis yang diserbu pada waktu pagi tetapi beroperasi
semula pada waktu malamnya. Macam mana ni??
Penulis
difahamkan, dari segi SOP-nya (standard oprating procedure) polis sudah
menjalankan tugasnya namun dalam kes seperti ini yang melibatkan peremis
perniagaan ia juga memerlukan tindakan bersama daripada kerajaan tempatan,
jabatan bekalan air, tenaga nasional berhad dan tidak terkecuali jabatan agama
Islam.
Justeru,
jika polis mendapati agensi terbabit tidak mahu bekerja sama yang boleh
menimbulkan keraguan kepada pihak polis bahkan turut menerima tamparan moral
daripada khalayak yang kononnya polis tidak mengambil tindakan, maka pada
fikiran penulis eloklah pihak polis membuat laporan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini
kerana, pertama dilihat di situ semacam berlaku penyalahgunaan kuasa atau
agensi terbabit gagal melaksanakan tindakannya sedangkan sudah diberitahu dan
kedua adalah bagi menjaga imej polis yang selalunya dikaitkan membiarkan
aktiviti haram seperti itu.
Bagi
penulis, mendedahkannya di dada media dengan tiada sebarang tindakan daripada pihak
yang berwajib adalah sia-sia malah boleh mendorong khalayak lebih berperasangka
terhadap kesemua agensi yang terbabit dalam urusan pembanterasan aktiviti judi
haram tersebut.
Makna
kata, nampak gayanya SPRM juga perlu ada dalam gerakan membanteras pelbagai
aktiviti bisnis haram seperti tersebut.
Jagindas: Siapa pun
jangan dibagi muka...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda.